Bukan mudah untuk menambat hati murid untuk fokus dan faham dengan apa yang diajar oleh guru. Lebih-lebih lagi subjek Sains yang dianggap susah oleh segelintir murid.

Bagi memberikan kesan dan pemahaman yang maksimum, Guru subjek Sains untuk tahun satu, tiga, empat, lima dan enam ini punya cara tersendiri.

Kelainan dan kreativiti yang ditonjolkan oleh Guru SK Tenaga Setia, Batu Pahat, Johor, Cikgu Norhalina Abdullah ini berjaya menambat hati murid tahun tiganya untuk memahami tajuk sistem pencernaan manusia yang diajar dalam kelas.

“Bagi projek yang saya hasilkan.. Memang ada di dalam buku teks tapi cara pengolahannya itu bergantung pada kreativiti guru untuk menarik minat murid. Cara guru itu sendiri mempromosikan projek yang akan dibuat oleh murid itu juga memainkan peranan yang penting. Kerana bahan yang digunakan itu akan dibawa oleh murid sendiri. Menerusi pembelajaran berasaskan projek ni, murid perlu menghasilkan satu produk atau transkrip dalam bentuk penulisan contohnya buat buku skrap dan sebagainya.

"Aktiviti hands on seperti projek mudah ini juga dapat meningkatkan pemahaman dan dapat menarik minat murid terhadap matapelajaran Sains.  Dengan menjalankan aktiviti projek mudah juga, guru dapat melatih murid berkomunikasi sesama rakan di dalam kumpulan dan juga melatih murid menerima pendapat rakan yang lain. Sikap kerjasama sesama rakan di dalam kumpulan juga dapat dipupuk semasa menghasilkan satu-satu projek.Tanpa adanya kerjasama yang baik, projek mereka tidak akan berjaya dihasilkan dalam waktu yang telah ditetapkan. Secara tidak langsung asas  4K1N di dalam PAK21  itu dapat diaplikasikan oleh guru semasa PdPc mereka.”jelas Ikon Guru STEM Johor kepada GPSBestari.

Ikuti perkongsian Cikgu Norhalina

Pembelajaran Berasaskan Projek ni saya ambil masa selama dua minggu.

Lamanya?

Kalau nak anak murid faham kena sabar sikit...sekarang tahap 1 PBD. Kena faham betul-betul apa kehendaknya. Sebab tu kami cikgu-cikgu Sains PERLUKAN MASA MENGAJAR yang banyak untuk jalankan aktiviti yang menarik untuk memberi pemahaman pada murid supaya mereka meminati Sains dan dapat amalkan ilmu tersebut.

Haaaaaa... Membebel sekejap

Aktiviti ni bukanlah saya cipta sendiri...ada dalam buku teks sebenarnya...bawah tajuk pencernaan.

Tapi bila kau tengok buku teks begitu saja dengan pandangan yang kabur...ia akan jadi tidak menarik dan sendu…

Jadi, untuk kelainan, saya cuba jadikan ia menarik.

Rumit?

Biasalah...kalau tak nak rumit...masuk kelas tidur je.?

Dengan empat kali perjumpaan ( empat kali PdPc), maka siaplah projek mereka dan tamatlah tajuk PENCERNAAN sebab tinja dah keluar melalui dubur.

Saya kongsikan step ringkas untuk guide budak-budak kecil ini untuk buat PROJEK BESAR bagi mereka.

HARI PERTAMA

Saya terangkan langkah nak mula projek ni macam mana. Tentulah barang-barang mereka dah bawak kan.

Mereka cuma perlu bawa baju lama dan berus warna je.

Seminggu sebelum hari pertama perjumpaan tu dah pesan awal-awal...perlu bawa barang apa ke sekolah untuk buat projek ni.

Jika nak suruh budak bawa barang, jadi sebagai guru perlulah pandai tackle hati budak-budak ni. Guru kenalah pandai berlakon untuk promo projek ni macam promoter kat GOSHOP tu.

Hari pertama projek pun bermula..

Langkah demi langkah saya dah tulis di papan putih dan bincang dengan murid langkah-langkah tersebut.

Minta idea murid, jangan guru seorang je yang bercakap.

Langkah 1

Bentang baju atas meja(ni idea murid) betul juga kan. Kalau  tak bentang baju tu..macam mana nak lukiskan?

Ada empat hingga lima langkah semuanya.. Hari pertama mereka siap sampai langkah ke dua je. Iaitu lukis dan pekatkan lukisan guna marker pen (ayat ni 100% ayat anak-anak murid saya).

Takpe tak siap pun...lipat elok-elok, simpan dalam bilik Sains. Jangan sesekali minta mereka bawa balik rumah...nanti tertinggal..

HARI KEDUA

Hari ni...ada kumpulan yang masih melukis...ada yang sambung siapkan memekatkan lagi lukisan guna marker...

Saya biarkan je mereka dengan kesibukan mereka...bagi mereka peluang berkarya sambil belajar sesuatu.

Ok!!!!

Bangun...masa dah habis!!

Alaaaaaa tak siap lagi cikgu…

Takpe ..kita sambung minggu depan..

Yeaaayyy...

Minggu depan jangan lupa bawa berus warna...!!!

Warna cikgu sediakan!!

HARI KETIGA

Bab ni paling best...

Teruja nak mengala...ada yang minta warna coklat nak warna bahagian dubur....

Murid warna memang lambat...sebab psikomotor halus mereka belum kuat macam kita...takpe bagi mereka masa...biar mereka fokus..bermain sambil belajar.

Siap warna… saya sidai baju tu di cermin tingkap dan sepit guna sepit baju..macam sidai kain kat rumah tu.

Sementara tunggu warna kering. Buatlah latihan dalam buku aktiviti yang berkaitan dengan tajuk.

Saya tak bimbing mereka...hahahaha ngelat!!!

Bukan....sebab mereka dah tau jawapannya. Mana dia orang tau??..Dari projek yang mereka buatlah tadi.

HARI KEEMPAT

Hari ni tinggal touch up sikit dan aktiviti melabel sahaja. Selesai melabel..kita pakai baju dan menyanyi.... bersoal jawab...Menilai hasil kerja rakan (Instrumen penilaian rakan sebaya PBD).

Haaaa....Dah siaaappp!!!!

#sayacikgubiasa

#minggusainsnegara2019

ARTIKEL MENARIK:

Pesanan khas untuk ibu bapa menjelang peperiksaan UPSR

Link Soalan Percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi

UPSR dah dekat - Ini kami kongsi 10 tip skor A Sains UPSR

Nota poket Matematik Cikgu Shahril bantu murid skor A UPSR

Cikgu boleh cuba kaedah ini, cara mudah ajar murid lemah kuasai jawi