Memang seronok kalau dapat peluang mendaki. Apatah lagi kalau dapat pergi bersama rakan-rakan. Tapi, jangan lupa 'checklist' ini sebelum memulakan pendakian.

1. Beg galas

Beli beg galas yang sedang-sedang selain kalis air dan tahan lasak. Beg sandang juga mempunyai reka bentuk ergonomik, 'chest belt' yang boleh dilaras dan pelindung hujan.

2. Kasut mendaki

Beli kasut khas untuk mendaki tetapi boleh gunakan kasut getah yang bernilai dalam lingkungan RM10-15 sahaja. Jangan lupa pakai stoking yang membantu mengelakkan kaki melecet.

3. Pelapik atau 'hammock

Pelapik diperlukan untuk berehat di puncak. Boleh pilih sama ada pelapik atau 'hammock'. Anda perlu sediakan pelapik untuk berehat di puncak. Anda boleh pilih sama ada 'ground sheet' biasa ataupun trend terkini menggunakan 'hammock'.

4. Pakaian mendaki

Gunakan baju jenis sintetik 'quick dry' dan seluar mendaki. Cari yang sesuai dan selesa. Sediakan baju hujan atau 'wind breaker' bagi tujuan kecemasan seperti hujan ataupun suhu rendah biasanya di puncak gunung. Jangan memakai jaket ketika mendaki bagi mengelakkan masalah dehidrasi.

5. Lampu suluh / pisau lipat / pemetik api

Sediakan alatan asas ini pada setiap kali pendakian kerana ia sangat berguna dalam keadaan kecemasan.

6. Bekas air minum

Tak kisahlah bekas sendiri atau botol air mineral, yang penting anda sangat perlukan air minuman. Jika menggunakan air mineral, botol yang kosong janganlah dibuang merata-rata, sebaliknya simpan jika ada sumber air di sepanjang pendakian ataupun buang sahaja setelah selesai mendaki.

7. Tongkat

Tongkat atau 'walking stick' membantu anda ketika mendaki dan menuruni curam kerana ia dapat membantu mengelakkan ketegangan pada otot dan lutut.

8. Telefon/kamera

Anda boleh gunakan telefon anda bagi tujuan kecemasan atau merakamkan saat pendakian anda.

9. Makanan ketika mendaki

Bergantung kepada trek pendakian. Memadai makanan ringan tenaga seperti kismis, kekacang dan coklat untuk pendakian singkat. Jika berada lama di puncak atau sesuatu kawasan boleh membawa makanan siap (bungkus) atau memasak dan pastikan peralatan memasak adalah lengkap serta mencukupi.

10. Wisel

Wisel sangat penting bila berlakunya kecemasan lebih-lebih lagi kumpulan pendaki lain jauh berada di hadapan atau di belakang.