Isu jenayah rogol dan gangguan seksual yang dijadikan bahan lawak jenaka dalam kalangan masyarakat termasuklah di institusi pendidikan seperti sekolah dilihat semakin dinormalisasikan pada hari ini.

Sedar atau tidak, perbuatan itu mendatangkan kesan buruk dalam perkembangan sosial masyarakat terutama golongan remaja kerana ia memberi tanggapan yang salah sekali gus mendorong kepada pembentukan peribadi yang negatif di masa depan.

Mengambil kira situasi sama yang mungkin berlaku di institusi pendidikan membabitkan guru-guru, pelajar di universiti atau kolej dan pelajar sekolah, seorang warga Facebook yang dikenali dengan nama Muhammad Nazmi berkongsi beberapa tip untuk berdepan situasi berkenaan sekiranya berlaku di sekolah.

GPS Bestari kongsikan perkongsian Muhammad Nazmi untuk panduan bersama supaya kita dapat mengatasi masalah ini daripada terus berlaku di masa depan.

*********

Jenaka rogol/ Gangguan seksual di sekolah dan apa yang anda boleh buat.

1) Jangan pernah sokong rakan sekerja anda buat lawak berunsur seks. Kalau anda lelaki, jangan gelak dengan lawak dia tu. Lawak ni kalau tak disokong dengan gelak sakan member, dia akan rasa segan dan fikir balik.

Kalau anda perempuan pula, tembak dia balik. Dulu kawan perempuan kena. “Cikgu ni boleh kawal kelab bola sepak tak? Dengarnya cikgu suka main bola? Heheheheh”

Cikgu perempuan mohon tembak balik. Bola apa yang kau maksud kan tu?

Rasa puas lah lawak macam tu?

Korang guna betul-betul ayat ni.

Maruah dia akan terancam.

Lagi tinggi pangkat dia kat sekolah, lagi dia akan fikir balik.

2) Jangan layan langsung jenaka seks yang dibuat ketika mesyuarat, taklimat dan lain-lain.

Latih kawan-kawan korang untuk ‘krik krik’ kan lawak dia ni.

Kalau ketika orang ramai ni jenaka rogol dia disokong, maka dia akan makin berani.

Kalau dia berani buat lawak gitu depan kawan-kawan cikgu dalam taklimat besar, sudah tentu dia berani buat dengan pelajar dia. Bayangkan kalau dia ajar murid Tahun 1 Tahun 2.

Gambar hiasan daripada Pexels.

3) Kalau korang cikgu praktikum, dapat lawak macam ni daripada guru sekolah praktikum korang. Mohon buat laporan terus dengan pengurusan atau maktab korang.

Mohon pertukaran sekolah praktikum terus. Biar sekolah tu tau betapa fasa praktikum ni amat penting dan serius. Dan juga budaya gangguan seksual ni bukan budaya guru.

4) Kalau korang pentadbir sekolah pula, korang cakap terus terang ketika perhimpunan depan pelajar depan guru-guru, DEPAN SEMUA, apa benda yang guru tak boleh buat, tak boleh sebut.

Ajar pelajar untuk berani jadi saksi, berani tampil ke hadapan. Ajar pengawas untuk motivasikan kawan untuk berani tampil ke hadapan. Ketika kursus kepimpinan boleh buat satu slot untuk perkara ini.

Ajar dorang untuk dedah kat sekolah dengan guru-gurunya. Daripada tularkan hal ini lantas memburukkan nama sekolah dan nama keluarga pemangsa.

5) Kalau korang pelajar mana-mana institut pengajian (IP), ada berlaku kes pensyarah cuba ‘try’ pelajar siap bawa ke hulu ke hilir lantas rentas negeri jadi simpanan. Ada kawan dulu jadi mangsa kes begini. Pensyarah ‘kanji’. Kawan- kawan pensyarah lain tak tahu perangai dia. Pengarah korang pun tak tau.

Mohon lapor. Lapor. Pihak IP korang akan siasat.

Kalau ada kawan kau yang dah di mata-mata dorang ni, tolong bagitau dia, hati-hati.

Dan kalau korang pula jadi mangsa ajakan pemangsa ni, tangkap layar semuanya. Jangan layan. Kalau dia kacau lagi ugut nak bagitahu kat pengurusan IP korang dengan bukti yang ada.

Kalau dia pula cuba nak ugut korang dengan markah dan lain-lain, laporkan juga dengan IP korang. Korang sebenarnya boleh dipertimbangkan dan pensyarah untuk subjek kelas tersebut boleh di tukar.

Tapi jangan korang pula terpedaya dengan pelawaan dia; gred tinggi, dan lain-lain.

Dah ada member yang terpedaya dengan ‘taruhan' pensyarah ni.

Sesiapa yang dapat ajak student baru tu keluar, kita belanja dia makan. Haa. Sesama lecturer tu.

Gambar hiasan daripada Pexels.

6) Kalau bos korang pula buat, serta merta tunjukkan professionalism korang. Tegas dengan dia. Elak situasi berduaan dengan dia. Korang boleh jumpa dengan unit Kaunseling Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) korang. Rahsia korang selamat dan PPD akan buat sesuatu. Percaya lah.

7) Kalau murid pula buat penyataan sedemikian rupa. Panggil mak ayah dia. Sebutkan kesalahan dia tu DEPAN -DEPAN mak ayah dia. Buat sesi perjumpaan. Tunjukkan kat dorang betapa seriusnya sekolah nak tangani isu ini.

Selalunya ibu bapa akan segan. Dorang akan takut dorang akan dihakimi, kalau-kalau cikgu-cikgu ingat perangai budak tu sebenarnya dapat daripada dorang. (Tak semestinya sebenarnya)

Budak pula akan malu bila benda macam ni diberitahu kat mak ayah dorang. Dorang akan rasa dorang ni memalukan mak ayah dorang.

Sekolah boleh buat program khusus untuk elak benda ni. Sesama pelajar, ibu bapa, guru-guru.

Ni antaranya la aku boleh kongsi. Ni belum lagi kes staf yang suka feewit feewit, dudukan pelajar kat riba dia sambil kononnya mengajar, pensyarah yang sukarela nak latih budak berenang.

Tapi korang kena jaga. Bila dah terbiasa habis lah. Sampai satu tahap, ada kata kunci yang korang tak boleh sebut. Asal korang tersebut dorang akan gelak kecil ‘kanji’, atau ketawa gatal.

Asal cikgu perempuan tersebut pasal ‘bola’, tersebut perkataan ‘main’, sudah cikgu-cikgu lelaki ni mula gelak sakan. Contoh.

Sampai satu tahap, tak selesa kerja.

Takut nanti pelajar terpengaruh.

Kawan dulu praktikum pernah terdengar pelajar Tahun 2 ugut nak ‘rogol ramai-ramai’ sorang kawan Tahun 2 dia juga. Ya Allah.

Ape ni...

Ingat, hentikan dalam kalangan korang dulu. Jangan sampai merebak ke dalam kelas.

Dah jom bersiap nak PdPR.

Artikel menarik

'Saya tak pandai pakcik, tapi emak selalu tekan supaya dapat 6A' - Luahan murid ini buat ramai sedih

2 tahun tak dapat balik kampung, gadis Borneo nekad teruskan pengajian