Terdapat empat operasi asas dalam Matematik iaitu operasi tambah, operasi tolak, operasi darab dan operasi bahagi.

Operasi tambah ialah operasi pertama yang dipelajari oleh murid. Murid didedahkan dengan operasi tambah apabila mereka belajar membilang.

Bagi operasi tolak, ia diperkenalkan kepada murid setelah mereka dapat melakukan operasi tambah.

Operasi darab pula setelah murid-murid mahir dalam operasi tambah manakala operasi bahagi adalah operasi yang lebih susah daripada operasi tambah, tolak dan darab.

Guru Matematik, Cikgu Mohamad Hakim Mohammad Nor berkata, ramai kalangan ibu bapa berkongsi tentang kesukaran anak masing-masing menguasai operasi asas tersebut. 

“Antara soalan yang saya sering terima adalah

- “Cikgu, anak saya boleh buat operasi asas. Tapi bila soalan berayat, anak saya tak boleh nak selesaikan.”

“Ya, Matematik hari ni banyak bermain dengan ayat. Tak macam soalan zaman dulu, yang lebih kepada ayat Matematik semata-mata,” katanya seperti dipetik menerusi akaun facebooknya.

Bagi membantu ibu bapa dan murid di luar sana, Cikgu Mohamad Hakim kongsikan beberapa nota penting (di atas) yang mungkin dapat membantu murid-murid menyelesaikan soalan berkaitan penyataan masalah.  

Sebagai contoh:

Panjang pembaris A adalah 1m. Panjang pembaris B adalah separuh daripada panjang pembaris A.

Perkataan separuh itu menunjukkan bahawa pembaris B lebih pendek berbanding pembaris A, kemudian bahagikan dengan 2.

Moga nota ini dapat membantu murid-murid di luar sana.

“Mak ayah boleh juga bantu anak-anak kuasai empat operasi asas dengan menjadikan nota penting ini sebagai rujukan,” katanya.

Sumber: Facebook Mohamad Hakim

Artikel menarik

Kerjasama efektif sekolah, PIBKS

Amalan pemakanan sihat semasa Ramadan, guru, ibu bapa dan pelajar boleh jadikan ini sebagai rujukan