Musim pandemik Covid-19 yang tidak menunjukkan tanda-tanda akan berakhir ini membuatkan sistem pendidikan negara turut berada dalam situasi tidak menentu sekali gus memberikan cabaran kepada pihak sekolah untuk berdepan cabaran mendatang.

Dalam usaha mendepani sistem pendidikan yang semakin mencabar dan dinamik pada masa kini, sudah tentunya ia memerlukan kepimpinan yang teratur dan strategik.        

Permintaaan dan pandangan terhadap pendidikan daripada masyarakat luar sangat tinggi sehingga menuntut pihak pentadbir sekolah tampil dengan pendekatan terbaik supaya proses pengajaran dan pembelajara (PdP) dapat diteruskan.

Menjadi seorang pentadbir terutama dalam berdepan cabaran pandemik Covid-19 ini bukan satu tugas mudah.

Berikutan itu, GPS Bestari kongsikan beberapa ciri yang perlu ada pada seseorang pentadbir yang boleh dijadikan panduan supaya dapat bekerjasama dengan seluruh warga sekolah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan berkesan.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Berikut adalah tujuh ciri yang mesti ada pada seseorang pentadbir.

1. Dia pandai bercakap dengan ringkas dan jelas.

Orang bawahan mudah faham arahannya. Dia cakap sedikit, anak buahnya sudah tahu apa yang mereka perlu buat.

2. Dia pandai menaikkan semangat kerja orang bawahannya.

Ciri ini menjadikan dia ketua yang popular. Anak buahnya bekerja dengan rajin, tekun, dan seronok.

3. Dia seorang yang bertanggungjawab.

Apabila berlaku masalah dia tidak lepas tangan dan menuduh orang bawahannya yang menjadi punca masalah.

Gambar hiasan daripada Pexels.

4. Dia pandai menurunkan tugas, tanggungjawab dan kuasa kepada orang bawahannya.

Dalam erti kata yang lain, dia tidak micro-manage orang-orang bawahannya sampai segala perkara titik bengik (perkara tidak penting) pun dia mahu kawal. Dia pandai melaksanakan strategi empowerment atau pemerkasaan. Dengan cara itu juga produktiviti orang bawahannya makin tinggi.

5. Dia pandai mendengar pendapat dan cadangan dari orang bawahannya.

Ini penting bagi menjaga motivasi orang bawahan. Dengan cara itu gaya pengurusannya lebih berkesan.

6. Dia pandai menyelesaikan masalah.

Ini sangat penting, supaya majikan tidak terbeban dengan banyak masalah.

7. Dia pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran pendidikan yang sentiasa berubah.

Faktor terakhir ini memberi nilai tambah kepada pentadbir kategori senior yang tidak memberi alasan malah mencari jalan penyelesaian kepada setiap perubahan dan pembaharuan yang berlaku.

Sumber daripada blog cikgushares.com dan olahan facebook Puan Ainon Mohd

Artikel menarik

Cubaan buka kedai dobi bawa tuah, siswazah UniSZA raih pendapatan lumayan

'Cikgu, mak tiri dan ayah dah berpisah, jadi saya dah boleh masuk asramalah?'