Sudah menjadi lumrah, hari ini anak-anak memulakan sesi persekolahan secara maya. Pelbagai pendekatan yang cikgu-cikgu lakukan, untuk berinteraksi dengan murid.

Untuk mengelakkan anak-anak bosan ketika mengikuti kelas online, Cikgu Wan Chu tunjukkan kaedah yang boleh ibu ayah lakukannya di rumah.  

Tip untuk kekal kan fokus anak-anak dalam kelas online.

Tahniah atas kesungguhan ibu bapa mengajar anak-anak, walaupun cabaran besar menanti.

Perlu diingatkan bahawa fokus anak-anak kecil hanya 15 minit sahaja.

Itu normal bagi seorang kanak-kanak, dan anda hebat jika anak-anak berjaya untuk fokus selama itu.

Situasi itu juga dihadapi guru-guru di sekolah. 15 minit pertama, adalah tempoh kritikal dalam sesebuah kelas untuk mengekalkan fokus murid hingga tamat kelas.

Apa yang ibu bapa boleh lakukan supaya anak-anak ‘stay focus’ atau tidak bosan belajar di rumah?

1) Sediakan tempat belajar yang kondusif (cukup pencahayaan, udara dan selesa untuk menulis, membaca)

2) Sediakan kudapan ringkas semasa anak-anak belajar. Hanya mula diberi selepas tempoh kritikal 15minit tamat.

3) Jika tonton Google Meet, sediakan buku tulis/kertas/pensel. Juga mainan picit-picit bagi hilangkan bosan, misalnya slime, atau tanah liat.

4) Jika menonton satu jam, benarkan anak-anak keluar dan melihat benda-benda hijau. Pendedahan skrin terlalu lama tidak elok pada mereka.

5) Semasa membimbing mereka, ibu ayah perlu sentiasa bersemangat dan ‘spend full time’ dengan anak-anak. Berlawak jenaka dan kurangkan marah jika mereka membuat kesalahan dalam latihan. Mereka dalam proses belajar dan kesalahan adalah perkara biasa.

6) Kena terima hakikat bahawa pembelajaran di rumah sama sekali tidak sama dengan di sekolah. Namun cara membimbing masih boleh sama, mungkin lebih baik daripada guru-guru mereka.

7) Adakan selang masa untuk anak-anak bermain (bukan games atau melayari sosial media/online), tetapi lebih kepada fizikal seperti kejar-kejar dan tendang bola. Malah bergumpal dengan adik-beradik pun elok untuk perkembangan emosi mereka.

8) Akhir sekali...jangan lupa berdoa sebelum dan selepas belajar. Ibu / ayah doakan dan sebut nama anak-anak sekali, agar mereka tahu ibu ayah serius untuk mahukan mereka belajar dan berjaya.

 

Semoga bermanfaat