Sukar mengawal murid, terutamanya murid sekolah rendah?

Berdasarkan pengalaman dan nasihat daripada guru-guru senior, ada beberapa tip mahupun cara terutamanya untuk guru baharu atau guru yang baru pindah ke sekolah baru.

1) Murid belum kenal lagi anda, oleh itu anda perlu tegas dan serius di dalam kelas. Sekurang-kurangnya satu bulan.

2) Jangan layan murid yang suka buat lawak, terus bagi amaran lisan yang keras kepadanya.

3) Murid akan cuba untuk mempengaruhi guru baharu ini supaya tidak menjadi garang, jadi cikgu-cikgu ini kena pandai kesan murid-murid tersebut.

4) Untuk satu bulan pertama, jangan bagi muka langsung, salah tetap salah, pastikan dia tidak berani dengan anda (PENTING)

5) Tidak bercakap dengan murid mengenai hal bukan pelajaran, kalau dia tanya apa-apa yang bukan pelajaran diam sahaja, suruh dia duduk. Ini bertujuan supaya dia tidak dapat mesra dengan kita. Buat dalam satu bulan.

6) Setelah anda gunakan tip ni, anda akan senang kawal murid sampailah hujung tahun, dengar tapak kaki sahaja murid akan diam terus.

Tip ini tiada dalam buku, ia berdasarkan pengalaman dan nasihat daripada guru-guru lama sahaja, dan mungkin berlawanan dengan apa yang anda belajar. Namun begitu rata-rata guru mengatakan ia berkesan untuk jangka masa panjang.

Tetapi harus diingat, buat bermula hari pertama di sekolah, jangan dah lima, enam bulan baru nak buat.

Mesti akan ada yang mempertikaikan kaedah ini, ketinggalan zaman, versi lama, tidak kreatif, tidak Abad 21 atau sebagainya. Tetapi percayalah, sebelum nak buat kaedah-kaedah yang ada dalam buku tu, buat dulu yang ini dalam masa sebulan.

Selamat Mencuba.

Sumber: Pendidik2u

Artikel menarik

Guru agama ini kongsi 13 tip kawal murid dalam kelas tanpa perlu merotan

Jangan abai sarapan pagi anak-anak, ini 7 kepentingan yang perlu ibu bapa ambil tahu