Bagaimana ibu bapa mahu bantu anak Tahun Enam kuasai subjek Matematik ketika di rumah?

Di sini, Guru Matematik, Cikgu Mohamad Hakim Mohammad Nor berkongsi beberapa tip mudah sebagai panduan ibu bapa.

Moga bermanfaat.

1) Ibu bapa perlu tahu, tak semua kemahiran itu akan diulang dari Tahun Satu hingga ke Tahun Enam.

2) Kemahiran berkenaan asas Matematik misalnya, sudah tak dibincangkan dalam buku teks Tahun Enam. Dengan kepercayaan, murid dah mahir dan kuasai pada Tahun Lima. Tapi ini tidak berlaku.

3) Jadi apa yang kalian sebagai ibu bapa boleh buat? Kalian bantu anak di rumah dengan membincangkan dan guide anak-anak ketika membuat latih tubi berkenaan kemahiran asas Matematik ini.

4) Jangan terlalu ambitous dengan memasang niat untuk ajar anak kesemua topik. Nanti ibu bapa yang stress. Cukup ketika di rumah dengan membimbing mereka berkenaan asas Matematik dan operasi asas. Yang lain, serahkan pada cikgu di sekolah.

5) Jika kalian mempunyai kemahiran, silakan.

6) Berdasarkan pengalaman sebagai cikgu, saya tidak akan ada sebarang masalah untuk bantu murid yang sudah kuasai asas Matematik dan operasi asas. Yang sangat bermasalah adalah murid Tahun Enam yang belum kuasai dua hal ini.

7) Bantu anak untuk lancar membaca. Tak boleh membaca dan memahami apa yang dibaca, memang sangat-sangat bermasalah.

8) Sifir. Kalian wajib untuk bantu yang ini.

9) Pastikan alat tulis dan buku mengikut jadual. Cikgu ni kalau murid tak bawa buku dan alat tulis tak ada, moodnya boleh bertukar secara serta merta.

10) Cari tutor dan pusat tuisyen yang betul dan sesuai.

11)Subscribe channel Youtube saya. Banyak video pengajaran di sana. Ini linknya,

https://youtu.be/GbpX0lIJC94

12) Pastikan ibu bapa beli buku aktiviti yang sesuai dengan anak-anak. Tak semua buku di pasaran itu bersesuaian. Jika tak pasti, boleh bertanya dengan guru yang mengajar di sekolah.

Moga membantu!

Sumber: Cikgu Fadli Online

Artikel menarik

Penjagaan suara kalangan guru-guru, ini tip penting yang perlu dititikberatkan

Kreatifnya guru dari Arau, Perlis ini, berubah watak dan personaliti mengikut topik, demi murid