Selamat berjaya kepada adik-adik yang bakal mengambil result SPM pada hari Khamis nanti.

Jika keputusan yang baik diterima, maka bersyukurlah kepada Allah. Sebaliknya, jika keputusan yang diterima tidak menepati harapan, malah meleset pula, maka bersabarlah. Dengan bersabar, insyaALLAH banyak kebaikan akan datang.

Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan melalui facebooknya, berkongsi sedikit tip untuk adik-adik yang bakal mengambil keputusan SPM.

Harapnya, tip ini boleh membantu adik-adik hilangkan rasa debar..  

1) Jangan pergi mengambil keputusan dalam keadaan pakaian tidak menutup aurat.

2) Datang awal dan beramah mesra bersama guru-guru kerana mungkin lepas beberapa tahun baru dapat ke sekolah semula.

3) Jangan paksa kawan lain beritahu result mereka. Hormati privasi Muslim yang lain.

4) Jangan menjerit gembira jika mendapat keputusan cemerlang. Menganggu emosi kawan yang lain. Bersyukur jika mendapat keputusan cemerlang.. Ucap alhamdulillah..

5) Call ibu bapa walau apa pun keputusan.

6) Jangan perli dan busuk hati pada orang lain

7) Malam ni tidur awal supaya bangun subuh berjemaah esok pagi.

8) Lepas dapat keputusan terus pulang kerumah. Tak yah nak ke pavi jd raver.. ke jadi hipster balik rumah jadi anak soleh dan solehah

9) Kurangkan bergambar. Banyakkan berkongsi kata kata semangat

10) Tak payah update keputusan di FB

Sumber: Facebook Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan