Bila peperiksaan semakin hampir, debaran pasti akan terasa. Ia adalah suatu perasaan normal yang semua pelajar rasai terutamanya menjelang tiba peperiksaan yang besar.

Lebih mendebarkan lagi jika kurangnya persediaan untuk menghadapi peperiksaan oleh pelajar itu sendiri. Debaran akan menjadi satu tekanan dan membuatkan pelajar kehilangan fokus jika tidak diambil atau ditangani secara positif.

Sebenarnya jika seseorang pelajar mengambil dan menangani debaran secara positif, ianya akan menjadi satu kelebihan dan akan menambah kreativiti pelajar itu sendiri.

Debaran diibaratkan, jika dahulunya mereka berjalan, sekarang mereka sudah boleh berlari. Ia seperti alarm, siren ataupun loceng yang berbunyi mengejutkan dan juga menandakan ada satu kepentingan dari segi rentak, pergerakan dan cara yang perlu ditangani dan diusahakan agar mendapat sesuatu hasil yang baik.

Dengan debaran tersebut pelajar-pelajar disarankan terus melakukan perubahan diri dengan tiga cara berikut :-

1. Mulakan dengan perkara yang ringan ataupun yang mudah dahulu dan seterusnya menambah.

2. Mulakan dengan diri sendiri dan seterusnya menjadikan secara berkumpulan.

3. Mulakan apa yang telah dirancang SEKARANG..

4. Pelajar perlu hindarkan dua perkara yang selalu menggagalkan USAHA iaitu KEBIMBANGAN di masa hadapan dan PENYESALAN di masa lalu.

5. Dalam masa yang sama buangkan sikap menuding jari  WHO IS WRONG / WHO IS RIGHT kerana tidak membantu dan tiada penyelesaian.

6. Fikirkan WHAT IS WRONG / WHAT IS RIGHT untuk menjadikan seseorang itu sentiasa berusaha menambah baik diri.

Kita boleh menilai diri kita sendiri.

Kalau kita nak tahu apa yang telah kita lakukan pada masa yang lepas, LIHAT KEADAAN KITA SEKARANG. Tetapi kalau kita ingin tahu keadaan kita pada masa hadapan, LIHAT APA YANG SEDANG KITA LAKUKAN SEKARANG.

Oleh itu, jika kita inginkan kejayaan, pastikan, dengan DEBARAN yang sudah terasa, kita terus FOKUS KEPADA USAHA.

TUJUH PERSEDIAAN

1. Sediakan jadual belajar dan latih tubi

2. Hindarkan gajet sosial

3. Memberi fokus 100% di dalam kelas

4. Banyakkan perbincangan secara berkumpulan dan bersoal jawab

5. Buat peta minda dan nota kecil

6. Buat pengurusan masa/nota perancangan

7. Perkongsian ilmu

JADILAH PELAJAR BERILMU

- Dengan Ilmu Hidup Menjadi Mudah

- Dengan Seni Hidup Menjadi Indah

- Dengan Iman Hidup Menjadi Terarah

LIHAT KEHEBATAN DIRI SENDIRI

- Tiada siapa yang boleh melabelkan diri kita kecuali diri sendiri. Oleh itu lakukan sedikit pengorbanan dalam usaha yang ingin kita lakukan.

- Sentiasa kekalkan keazaman yang tinggi dalam diri agar dapat terus berusaha mencapai kejayaan yang terbaik.

- Sentiasa berusaha, berdoa dan buat yang terbaik.

- Sentiasa jaga kesihatan agar kekal sihat dan cergas.

- Sentiasa memikirkan teknik dan strategi pembelajaran.

Sumber: Pengarah Eksekutif Harith Mind Excel Centre (HMEC) merangkap Penceramah Bebas Pendidikan, Belia dan Sukan, Mohd Nadzri Abd Rahman