Penularan virus Covid-19 di negara ini masih belum dapat dikawal sepenuhnya meskipun proses vaksinasi sudah bermula berikutan ia masih di peringkat awal yang memberi keutamaan kepada petugas barisan hadapan.

Sehubungan itu, rakyat disarankan supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengekang virus berkenaan termasuklah di institusi pendidikan seperti universiti dan sekolah.

Seorang individu yang dikenali dengan nama Firdaus M Saad turut membuat perkongsian di Facebook mengenai peranan waris yang bergejala supaya tidak menghantar anak masing-masing ke sekolah bagi mengelakkan berlakunya jangkitan Covid-19 di sekolah.

Maklumat berkenaan yang turut dikongsikan secara meluas ke aplikasi Whatsapp itu sedikit sebanyak menyenaraikan beberapa situasi dan tindakan yang dibuat oleh ibu bapa atau waris yang bergejala sehingga menyebabkan berlakunya penularan virus berkenaan di sekolah.

Di sini, GPS Bestari kongsikan saranan daripada Firdaus M Saad supaya setiap waris boleh menjadi lebih bertanggungjawab dalam mengambil langkah berjaga-jaga sekali gus membantu menangani penularan virus Covid-19 di sekolah.

*******************************************

Waris Bergejala, Tapi Hantar Anak Ke Sekolah?

Ini REAL CASE di Sekolah X,Y dan Z. Sila baca dan fahamkan.

1. Ada kes di sekolah XXX, parents ada simptom Covid-19, tapi masih hantar anak ke sekolah.

2. Ada kes di sekolah YYY, parents pergi buat swab test, selagi tak dapat result, masih hantar anak ke sekolah.

3. Ada kes di sekolah ZZZ, parents cuti sakit sebab demam, ada staf tempat kerja positif Covid-19, dalam parents dok cuti sakit dan bergejala, masih hantar anak ke sekolah.

Ketiga-tiga kes, akhirnya didapati parents itu positif Covid-19 selepas swab test.

Suasana sebegini memberi kesan yang sangat susah di pihak sekolah. Takut ada guru pula yang terjangkit, takut ada pelajar lain yang terjangkit.

Semua Waris. Tolong Beri Perhatian Kepada Kes Di Bawah.

Jika ada di antara ahli keluarga yang :

- Ada rakan tempat kerja positif Covid-19

- Parents dalam cuti sakit kerana tidak sihat

- Ahli keluarga ada yang tidak sihat

- Ahli keluarga ada yang batuk, demam, selesema

- Ahli keluarga ada yang bergejala

- Ahli keluarga bergejala seperti hilang deria bau/rasa

- Ahli keluarga sudah atau akan menjalani swab test

- Belum dapat keputusan swab test

- Ahli keluarga bagi pesakit bawah siasatan (PUI) atau pesakit bawah pemantauan (PUS).

TOLONG JANGAN HANTAR ANAK KE SEKOLAH.  

Mohon jadi waris yang bertanggung jawab. Kecuaian kita menyebabkan kesusahan yang MAHA DASYHAT kepada pihak lain.

Tiada siapa yang minta kena Covid-19. Jadi kita kena nak semua orang jaga diri kita, dan jaga diri orang yang dekat dengan kita.

Dan andai kata kita dah bergejala / terkena. Sama sama kita elak dari mengjangkiti orang lain pula.

Kita kena belajar untuk hidup dalam suasana Covid-19 ni sehingga masalah ni selesai.

Sumber : https://www.facebook.com/firdaus.m.saad/

Artikel menarik

Jangan terlalu ghairah kongsi maklumat anak di media sosial. Takut ada mata jahat yang memerhati

Cikgu Aben sanggup belajar bahasa Dusun kerana ingin dekati murid. Kagum dan salute!