Guru-guru yang ingin melukis mural, boleh ikuti tip yang dilakukan oleh Cikgu Donze ini. Tip mudah beliau membantu guru-guru merancang untuk menghasilkan mural yang cantik di sekolah anda.

1) Mencari idea dengan melihat di internet tetapi jangan tiru idea orang lain tau!

2) Melakar apa yang kita mahukan atas kertas terlebih dahulu.

3) Melihat saiz dinding sekolah adakah bersesuaian dan juga bergantung kepada lokasi.

4) Setelah selesai memikirkan idea dan lokasi, barulah cikgu boleh melukis mural.

Mudahkan tetapi semestinya ia mengambil masa untuk disiapkan dan perlukan kesabaran yang tinggi, yang penting jangan putus asa.

Cabaran yang perlu dihadapi oleh guru yang ingin memulakan aktiviti ini.

1) Jiwa kena kental kerana memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang.

2) Abaikan unsur negatif yang cuba menjatuhkan semangat kita.

3) Sentiasa berfikiran positif.

4) Nikmati apa yang kita lakukan dan apabila kita gembira maka lukisan yang dihasilkan pastinya memberi kepuasan kepada diri.

5) Wujudkan satu kumpulan mural dalam kalangan guru dan murid untuk memudahkan kerja.

Kepada guru yang berminat menghasilkan lukisan mural ini boleh mengajak pelajar untuk turut sama mencantikkan kawasan sekolah. Sekolah dengan persekitaran cantik pastinya menambah semangat pelajar untuk datang ke sekolah.