TUMBESARAN anak perkara  dinantikan buat ibu ayah apabila anak memasuki usia meningkat dengan mempelajari pelbagai benda baharu.

Tetapi, ramai ibu bapa yang tidak sedar di usia kecil inilah ibu ayah kena memperkenalkan pembelajaran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan (Engeneering), dan Matematik) kepada si kecil.

Tip belajar STEM dari kecil membantu membentuk kemahiran asas penting

1. Membahagikan kerja rumah secara sama rata di antara ibu dan ayah

Boleh menjadi punca utama dalam mengajar STEM ialah persepsi yang ianya tanggungjawab ayah. Tapi jika hanya ayah yang asyik membaiki benda di keliling rumah, dan ibu memasak, ini akan menunjukkan bias jantina depan anak yang masih kecil.

2. Berlatih mengenal pasti semua bentuk disekeliling

Selepas anak mengenal pelbagai bentuk, kena lah selalu bertanya kepada mereka tentang objek-objek yang ada di sekeliling rumah. Selain itu, kaitkan juga dengan benda harian di rumah tentang bentuk objek yang mereka lihat. Contohnya ajar buat perbezaan antara saiz besar dan kecil.

3. Galakkan mereka menggunakan soalan "apakah" berbanding "mengapakah"

Semua ibu ayah akan mengalami benda ini secara semula jadi iaitu anak suka bertanya "apakah", anda terlebih dahulu kena menggunakan soalan ini dan mintak anak anda jelaskan pemikirannya kepada anda.

4. Jangan sesekali tunjukkan anda tidak gemar atau teruk dalam Matematik

Ramai ibu ayah suka berterus terang dengan keadaan ini, dan lazimnya, kita akan mencapai telefon atau kalkulator untuk membuat kiraan berbanding mencongkang sendiri dalam kepala.

Anak-anak akan melihat ini dan mengikut contoh yang ditunjukkan. Sebaliknya beri mereka soalan Matematik yang ringkas. Anda juga boleh meminta anak anda untuk mengirakan jumlah bayaran dan mengira wang baki.

Tunjukkan di hadapan anak yang anda juga yakin, dan mereka juga akan mengikut apa yang anda lakukan untuk persoalan Matematik mereka dapat.

5. Ajarkan punca dan akibat

Tunjukkan kepada anak anda hubungan punca dan akibat yang ringkas.

Contohnya, bagaimana menekan suis akan menyebabkan lampu terbuka dan sebaliknya.

Kemudian minta mereka jelaskan perkara yang sama untuk suis lain di rumah anda.

Apabila mereka sudah faham, tunjukkan kaedah lain pula seperti memcahkan telur, atau membasahkan span.

Hubungan yang mudah ini akan mengajar mereka berfikir tentang punca dan akibat sesuatu perkara.

6. Mengira, berpantun/bersajak dan menyanyi

Dengan melakukan aktiviti ini setiap hari, anak-anak akan mengenali corak penting dalam asas pembelajaran STEM.

Contoh paling mudah, lagu 'Old MacDonalds' sangat membantu anak anda mengulangi ayat yang sama serta mengulangi bunyi haiwan.

Tip Menarik:

Mak ayah kena buat ini jika mahu anak Tahap Satu cemerlang Matematik tahun 2020

Tip mudah ingat sifir 2,5,10 dan 11 cara Teacher Shaza

Cikgu ini kongsi cara hafal sifir dalam masa sehari - Murid-murid pasti dapat skor Matematik nanti