Pandemik Covid-19 tidak menjadi penghalang kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menyebarluas maklumat berkaitan permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Selaras dengan lanjutan tempoh permohonan UPUOnline bagi kemasukan ke IPTA dan ILKA untuk Sesi Akademik 2021/2022 oleh KPT, pemohon boleh membuat permohonan di laman sesawang upu.mohe.gov.my sehingga 7 April jam 5.00 petang.

Pemohon boleh merujuk e-Panduan dan tarikh-tarikh penting dalam proses permohonan yang dikongsikan di dashboard laman sesawang UPU.

KPT juga telah bersetuju menanggung sepenuhnya Bayaran Proses UPUOnline/ Unik ID bagi semua pemohon yang membuat permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA bagi sesi Akademik 2021/2022.

Keputusan itu diambil kerana kementerian prihatin akan kekangan masa yang dihadapi oleh pemohon berikutan anjakan masa jadual peperiksaan bagi lepasan SPM dan STPM/ Setaraf.

Bagi membantu pelajar membuat permohonan, KPT telah menyediakan panduan permohonan UPUOnline yang boleh menjadi rujukan semasa mengemukakan permohonan.

Terdapat 14 langkah sebagai panduan penting untuk pemohon,  antaranya kalkulator merit di mana pemohon boleh membuat pengiraan merit berdasarkan gred mata pelajaran yang diperolehi.

Pemohon boleh merujuk purata lima tahun markah merit di dalam trend permohonan dan tawaran yang dikongsikan di laman sesawang rasmi UPUOnline.

Maklumat ini boleh membantu pemohon bagi tujuan pemilihan program pengajian agar lebih bersesuaian dengan markah merit yang diperolehi.

Pemohon juga perlu bijak menyusun strategi berdasarkan kemampuan agar peluang untuk mendapatkan tawaran menyambung pengajian ke IPTA dan ILKA  

GPS Bestari kongsikan 14 Panduan Permohonan UPUOnline yang dikongsikan oleh Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA untuk rujukan pemohon.

1. Layari portal rasmi UPU di upu.mohe.gov.my

2. Pastikan kategori anda

3. Semakan syarat kelayakan di e-panduan UPUOnline

4. Kira merit

5. Semak trend permohonan dan penawaran

6. Semak laluan kerjaya

7. Isi permohonan UPUOnline

8. Pastikan anda mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap

9. Pilih pilihan program mengikut keutamaan

10. Lengkapkan borang permohonan

11. Klik butang "SIMPAN"

12. Cetak slip permohonan

13. Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat

14. Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had. JANGAN TUNGGU HINGGA SAAT AKHIR.

Sekiranya pemohon mempunyai sebarang pertanyaan semasa pengisian permohonan UPUOnline, boleh menghubungi disaluran rasmi UPU iaitu:

- Talian Hotline: 0388708200;

- Email: [email protected];

- UPUPocket

- UPUChat: Jawapan melalui sistem berkomputer yang terdapat di portal UPUOnline;

- Instagram: @KEMASUKANBKPA;

- Facebook: KEMASUKAN BPKP JPT; dan

- Maklum balas pelanggan.

Artikel menarik

Inisiatif murni SUTAMA melestarikan alam sekitar melalui program kitar semula

Tujuh tip ini mungkin membantu anda menjadi Guru Cemerlang. Semoga berjaya cikgu!