Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan mula dilaksanakan bermula 13 Januari sehingga tempoh 14 hari.

Enam negeri yang terlibat antaranya Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Manakala enam negeri yang terlibat PKP Bersyarat (PKPB)  pula ialah Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Sementara dua lagi negeri iaitu Perlis dan Sarawak terlibat pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP).

Dalam tempoh ini, ibu bapa pasti melahirkan kebimbangan berkenaan pengisian masa anak-anak sepanjang berada di rumah.

Justeru, Guru Matematik dan Inovasi SK Sungai Tua Baharu, Cikgu Ahmad Zhafran Md Noor berkongsi 10 aktiviti yang boleh dicuba.  

“10 cadangan aktiviti bercorak akademik yang ringkas, menarik dan menyeronokkan boleh dilaksanakan oleh anak-anak di rumah samada murid sekolah rendah mahupun pelajar sekolah menengah yang memerlukan hanya sedikit pemantauan daripada ibu bapa dan kos aktiviti yang minimum.

“Dan inilah aktivitinya,” kata Cikgu Ahmad Zhafran.

1) Aktiviti 1: Petak Sifir Seratus

Fokus mata pelajaran: Matematik topik darab, tambah dan tolak

Bahan-bahan: Buku petak sederhana

Objektif

1. Melatih murid menghafal sifir 1 hingga 10.

2. Membantu murid menguasai topik darab, tambah dan tolak.

 

2) Aktiviti 2: Kamus Peribadi

Fokus mata pelajaran: Bahasa Inggeris (grammar, vocabulary)

Bahan-bahan: Buku Nota 555 atau buku nota, Kamus Oxford Fajar, aplikasi Google Terjemahan atau mykamus.my

Objektif  

1. Menambahkan kosa kata dan perbendaharaan kata (vocabulary) Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu pelajar.

2. Membiasakan pelajar menggunakan Kamus Oxford atau aplikasi terjemahan untuk mencari maksud perkataan Bahasa Inggeris.

3. Menambahkan pengetahuan murid dalam tatabahasa (grammar) Bahasa Inggeris.

 

3) Aktiviti 3: Buku kerja atau buku aktiviti tahun semasa

Fokus mata pelajaran: Semua subjek

Bahan-bahan: Buku kerja atau buku aktiviti murid tahun 2020 yang masih tidak dapat disiapkan

Objektif

1. Mengulangkaji topik-topik yang perlu dipelajari pada tahun 2020.

2. Membuat penilaian kendiri terhadap topik-topik yang kurang difahami disebabkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) semasa PKP, PKPB dan PKPP.

3. Mengelakkan pembaziran buku kerja atau buku aktiviti yang masih tidak disiapkan pada tahun 2020.

 

4) Aktiviti 4: Kuiz dalam talian (Aplikasi Quizizz, Kahoot!, Wordwall)

Fokus mata pelajaran: Semua subjek

Bahan-bahan: Peranti (telefon pintar, laptop atau desktop), rangkaian internet, akses kepada aplikasi quizizz.com , kahoot.com , wordwall.net

Objektif

1. Mengulangkaji topik-topik yang perlu dipelajari pada tahun 2020.

2. Membuat penilaian kendiri terhadap topik-topik yang dipelajari pada tahun 2020.

3. Memanfaatkan peranti ke arah urusan akademik, bukan sekadar bermain permainan dalam talian.

 

5) Aktiviti 5: Sudoku

Fokus mata pelajaran : Matematik / logik / kognitif

Bahan-bahan : Buku Sudoku (boleh didapati daripada Kedai RM2 atau kedai buku yang lain) atau aplikasi Sudoki dalam talian (sudoku.com)

Objektif

1. Meningkatkan kemampuan kognitif murid menyelesaikan teka-teki angka.

2. Menajamkan otak murid dalam menyelesaikan permasalahan ringkas berkaitan susunan angka dalam permainan.

 

6) Aktiviti 6 : Teka Silangkata / Crossword Puzzle

Fokus mata pelajaran: Bahasa (Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris)

Bahan-bahan: Buku Teka Silangkata boleh didapati daripada Kedai RM2 atau kedai buku yang lain) atau aplikasi crossword puzzle

Objektif

1. Menambahkan kosa kata dan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu pelajar.

2. Meningkatkan kemampuan kognitif murid mencari perkataan yang tersembunyi.

 

7) Aktiviti 7: Permainan Jual-Beli

Fokus mata pelajaran : Matematik (Topik Wang)

Bahan-bahan: Makanan (sebaiknya berbungkus), alat tulis, barang mainan (untuk ‘barangan jualan’) dan wang permainan (boleh didapati daripada permainan papan MONOPOLY, SAIDINA atau JUTARIA)

Objektif  

1. Melibatkan murid dalam aktiviti tambah dan tolak wang secara praktikal.

2. Mendedahkan murid kepada nilai barangan keperluan.

3. Menyemai perasaan menghargai wang dalam diri murid.

 

8) Aktiviti 8: Permainan Timbang Jisim Pepejal, Sukat Isipadu Cecair serta Ukur Jarak / Panjang Objek

Fokus mata pelajaran: Matematik (Topik Ukuran dan Sukatan)

Bahan-bahan: Penimbang Berat (weighing scale), Alat Timbang (mechanical weighing scale), jag penyukat (measuring jug), pembaris, objek sekeliling, buku catatan jisim pepejal dan isipadu cecair

Objektif

1. Mendedahkan murid kepada kaedah menimbang jisim pepejal, menyukat isipadu cecair dan mengukur jarak secara praktikal.

2. Mendedahkan dan memberi perbandingan kepada murid berkaitan unit gram (g), kilogram (kg), sentimeter (cm), meter (m), mililiter (ml) dan liter (l)

 

9) Aktiviti 9: Permainan Koordinat

Fokus mata pelajaran: Matematik (Topik koordinat)

Bahan-bahan: Buku petak sederhana

Objektif

1. Memberi peluang kepada murid untuk mengulangkaji topik koordinat.

2. Mengasah bakat melukis dan menginterpretasi maklumat (kedudukan objek dalam gambarajah) dalam kalangan pemain.

 

10) Aktiviti 10: Origami

Fokus mata pelajaran: Pendidikan Seni

Bahan-bahan : kertas (termasuk lebihan kertas buku latihan terpakai), peranti, rangkaian internet dan aplikasi Youtube (jika ingin menonton video sambil membuat origami)

Objektif

1. Mengasah kreativiti murid-murid dalam menghasilkan objek daripada kertas.

2. Mengasah kemahiran psikomotor murid-murid.

Artikel menarik

Senarai lengkap tajuk subjek Sains Tingkatan 5 2021 KSSM yang baharu, calon SPM boleh mula belajar

Guru tak perlu jalani saringan Covid-19, hanya perlu patuhi SOP ketat – Menteri Pendidikan