SHAH ALAM - Bestari Karangkraf melancarkan set buku modul khusus buat pelajar tingkatan 1, 2, 4 dan 5 baru-baru ini yang diberi nama MODUL EFEKTIF PdPc ABAD KE-21.

Set yang terdiri daripada 32 judul ini merupakan pakej lengkap berorientasikan proses pengajaran dan pembelajaran terbaharu yang dituntut oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Ibu bapa yang mempunyai anak di sekolah menengah, ini adalah set yang wajib dimiliki kerana buku MODUL EFEKTIF PdPc ABAD KE-21 merangkumi lima kekuatan utama iaitu nota ekstra, kertas model, aplikasi kod QR, kuiz kilat dan nota previu.

Penyediaan dwibahasa dalam buku Matematik, Sains dan Biologi juga menjadi kekuatan kepada set ini.

Ini adalah 10 sebab kenapa buku ini bakal menjadi ‘best seller’ di pasaran pada awal tahun 2019:

1. Nota yang ringkas dan efektif

2. Murid mudah faham kerana praktis disusun dari aras mudah ke sukar

3. Soalan KBAT untuk murid berfikir secara tuntas

4. Soalan diolah sama seperti topik dalam buku teks

5. Soalan i-THINK yang membuatkan murid berfikir ‘out of the box’

6. Jawapan yang lengkap ada disediakan

7. Dilengkapi soalan sebenar pra-PT3 dan pra-SPM

8. Analisis soalan peperiksaan lepas disediakan

9. Soalan klon peperiksaan mengikut format soalan peperiksaan sebenar

10. Nota previu untuk rujukan pantas

 

Berminat untuk hadiahkan set MODUL EFEKTIF PdPc ABAD KE-21 kepada anak-anak anda, boleh dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di www.karangkrafmall.com

Mahu cara yang lebih mudah?

Beli melalui Whatsapp Karangkraf Mall di nombor 019-229 7227.