MUSIM peperiksaan akhir tahun sudah berakhir. Mesti cikgu-cikgu sekarang tengah sibuk buat ulasan untuk slip peperiksaan bukan?

Di sini kami nak berkongsi contoh ulasan-ulasan yang boleh diguna pakai oleh cikgu.

Semoga bermanfaat ya!

Contoh ulasan guru

 

1- Tahniah atas kejayaan anda yang cemerlang.

2- Teruskan berusaha untuk kejayaan lebih cemerlang untuk masa depan yang gemilang.

3- Sekalung tahniah atas kejayaan anda. Teruskan  Usaha dengan lebih gigih untuk kejayaan lebih baik.

4- Prestasi anda memberangsangkan. Usaha lagi untuk kejayaan yang lebih cemerlang.

5- Berikan lebih tumpuan kepada matapelajaran tertentu.

6- Kejayaan tertakluk kepada daya usaha anda. Oleh itu tingkatkan usaha anda untuk kejayaan yang lebih baik daripada hari ini.

7- Usaha anda telah menunjukkan hasil yang agak baik. Gandakan usaha anda untuk mencapai kejayaan yang lebih baik.

8- Tingkatkan usaha anda. Anda pasti akan berjaya dengan lebih baik daripada hari ini.

9- Hargai masa dan tingkatkan usaha anda.

10- Pencapaian masih lemah. Tingkatkan usaha dan ubah sikap demi masa depan anda.

11- Hargailah masa dan buangkan sikap kerap ponteng kelas. Pencapaian memuaskan. Teruskan usaha anda. Anda pasti berjaya.

12- Berusaha dengan lebih gigih untuk berjaya.

13- Pencapaian agak lemah. Perlu lebih banyak mengulangkaji pelajaran.

14- Jangan jadikan kekurangan sebagai beban, itu hanya akan membuatmu sulit untuk berlari mengejar impianmu.

15- Anda seorang yang berpotensi untuk berjaya. Tingkatkan keyakinan anda dan berikan sepenuhnya tumpuan ketika belajar.

16- Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan diamana kita belajar untuk menjadi sempurna.

17- Tanamkan minat sentiasa mahu belajar dan teruskan usaha.

18- Kebolehan anda boleh digilap lgi, teruskan usaha anda untuk lebih berjaya.

19- Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya.

20- Seorang yang tekun dan berkeupayaan menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik, mampu menguasai dan memahami apa yang diajar oleh guru dengan baik dan berfokus, berpotensi tinggi untuk lebih cemerlang. Tingkatkan usaha.

21- Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

22- Anda mesti mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Anda mampu mencapai lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif di dalam kelas.

 

 

Kredit: Grup WhatApps KGM