Murid-murid pasti akan gembira dan seronok apabila seorang guru mewujudkan suasana atau aktiviti yang ceria dan menarik ketika berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran.  

Dalam perkara ini, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan sebagai kaedah pendekatan kepada murid bagi memahami sesuatu topik pembelajaran.

Berikut disenaraikan beberapa aktiviti yang guru-guru boleh laksanakan ketika berada di dalam kelas...

1) Teka dengan tepat

Di dalam permainan ini, dua orang wakil murid dari setiap kumpulan akan berada di hadapan kelas. Hanya seorang sahaja yang akan melihat jawapan, manakala seorang lagi akan meneka jawapan. Individu yang melihat jawapan hanya dibenarkan menggunakan anggota badan tanpa bersuara dalam menerangkan ciri-ciri jawapan tersebut. Permainan ini memerlukan daya penglihatan dan kerjasama antara murid dalam menyelesaikan misi tersebut.

2) Sambung ayat dengan pen magik

Semua pelajar akan pejamkan mata sementara guru akan memilih seorang pelajar secara rawak dan memberikan pen magik.

Pelajar pertama yang memegang pen magik itu akan memulakan ayat pertama menulis karangan bercerita dan seterusnya memilih pelajar yang lain untuk menyambung karangan.

Pelajar lain tidak dibenarkan membantu pelajar yang memegang pen magik semasa menulis ayat.

Guru boleh menamatkan permainan bila-bila sahaja dan membincangkan penulisan karangan tersebut.

3) Lukis saya dengan betul

Satu kumpulan terdiri daripada lima orang murid dan akan membentuk barisan lurus tidak menghadap antara satu sama lain

Guru akan menunjukkan gambar, manusia atau haiwan atau lukisan pelik kepada murid di akhir barisan, murid tersebut mula melukis dalam masa 1 minit sahaja.

Murid seterusnya akan menulis berdasarkan lukisan murid sebelum, langkah ini akan berterusan sehingga murid paling hadapan sekali.

Murid paling hadapan akan meneka jawapan sebenar berdasarkan lukisan murid yang terakhir menulis.

Kumpulan tersebut akan dikira pemenang sekiranya dapat meneka jawapan dengan tepat tanpa sebarang pertolongan.

4) Galeri bergerak

Murid akan dibahagikan secara berkumpulan yang terdiri daripada empat orang

Guru akan memberikan tugasan khas kepada setiap kumpulan dan murid perlu menyiapkannya di atas kertas mahjung, kad manila dan sebagainya.

Murid menampalkan hasil tugasan di dinding dan akan dipantau oleh ahli kumpulan lain

Ahli kumpulan lain akan memberikan komen, ulasan atau soalan berkaitan hasil tugasan kumpulan yang lain

Mereka boleh menggunakan sticker note atau menulis pada ruangan khas yang disediakan di kertas mahjung.

5) Padan bersama saya

Setiap kumpulan terdiri daripada empat orang

Dua orang ahli kumpulan akan memilih pasangan daripada kumpulan sendiri.

Murid akan membelakangkan antara satu sama lain dengan pasangan mereka.

Murid 1 akan menerima satu kad daripada guru seterusnya mengarahkan pasangannya melukis tanpa melihat kad yang dipegang oleh murid 1.

Murid 2 akan melukis berdasarkan arahan atau penerangan daripada murid 1.

Masa yang diberikan hanyalah tiga minit untuk menyelesaikan misi. Murid 1 akan melihat hasil tugasan dan membaiki bersama-sama murid 2.

Diharap dengan perkongsian ini, dapat membantu guru-guru dalam mencari kaedah pendekatan yang sesuai bagi memastikan murid bagi memahami dan menguasai pembelajaran di dalam kelas.

Sumber: Sistem Guru Online

Artikel menarik

Berjaya hasilkan novel dalam masa dua minggu, bakat Elysh Qistina dipuji ramai

KPM Bandar Melaka anjur Mahrajan Kesenian Islam IPMa 2021