Anak-anak dah mula masuk sekolah. Pelbagai perasaan bercampur baur, gembira, teruja dan tidak sabar memulakan persekolahan secara bersemukakan. Terutamanya bagi anak-anak yang sudah masuk darjah 1, maklumlah sekolah dalam normal baharu.

Bagi murid Darjah Dua hingga Enam, tak risau sangat... ibu ayah sudah maklum keperluan yang perlu disediakan, serta apa yang perlu mereka lakukan ketika di sekolah.

Cuma bagi ibu ayah yang anak sulung mereka baru masuk Darjah Satu, mesti rasa sedikit runsingkan...

Untuk memudahkan ibu ayah persiapkan anak-anak memulakan persekolahan, GPS Bestari senaraikan apa yang perlu dilakukan oleh ibu ayah di rumah.

Tip membeli pakaian sekolah

1.    Bagi yang masih merancang membeli baju sekolah untuk anak-anak, kalau boleh belilah saiz yang besar sedikit, khuatir bila masuk sekolah, baju sedikit ketat.

2.    Untuk baju kurung dan kemeja putih, sebaiknya belilah dua atau tiga helai untuk seorang anak. Anak-anak yang baru masuk sekolah ni lasak, pagi baju elok berwarna putih, bila balik sekolah belum tentu lagi warnanya suci bersih.

3.     Seluar panjang dan  kain sekolah warna biru gelap pun sama. Sediakan dua atau tiga helai untuk seorang.

4. Tudung sekolah boleh beli tiga helai, takut cepat kotor. Terkena minyak, pensel, warna, dan macam-macam lagi kotoran. Nak mudah boleh beli yang siap sarung.... tapi tanya cikgu dulu. Takut tersalah beli... rugi pula nanti.

5.    Kasut sekolah, terpulang nak beli warna putih atau hitam. Stokin pun begitu juga, kenalah sesuai dengan sama dengan warna kasut. Kasut hitam, stokin hitam, kasut putih, stokin putih. Nasihat kami, stokin belilah lebih... janganlah cukup-cukup jumlah kasut. Kasut berjenama atau tidak, terpulang kepada kemampuan. Cuma jika beli kasut yang terlalu murah, takut cepat koyak pula..

6.    Untuk anak-anak yang baru masuk Darjah Satu, sebaiknya belikan mereka beg tarik beroda. Kesian nak bagi beg sandang... takut sakit bahu bawa buku banyak-banyak setiap hari.

7.    Seluar sukan boleh sediakan sehelai atau dua helai, bergantung kepada aktiviti sekolah.

8.    Kapur kasut, ini wajib ada ya... beli dua warna, hitam dan juga putih.

9.    Keperluan alat tulis seperti pensel warna wajib ada bagi anak-anak sekolah rendah. Jenama apa yang menjadi pilihan, terpulang pada anda. Ikut kemampuan masing-masing juga.

10.     Apakah alat tulis yang perlu dibeli? Pensel 2B, pemadam, pembaris, pengasah pensel (bukan pisau ya), gam dan bekas pensel.

11.    Bila dah beli baju, tudung dan lencana... aktiviti wajib kaum ibu adalah menjahit lencana sekolah. Jika malas nak jahit, boleh gam atau upah orang lain untuk menjahitnya. Ikut keselesaan dan kemampuan diri juga ya.

13.    Mask kanak-kanak jangan lupa, walaupun ia tidak diwajibkan, tetapi ia sudah menjadi satu keperluan, anak-anak perlu memakainya di sekolah. Beli lebih untuk kegunaan anak-anak.

14. Sapu tangan jangan lupa... beli lebih sapu tangan, biasakan anak lap mulut dengan sapu tangan ya, jika tidak penatlah nak memberus bahagian bahu, lengan atau tudung sekolah.

15.    Ibu ayah bolehlah terangkan kepada anak tentang SOP. Sekurang-kurangnya mereka bolehlah faham sikit-sikitkan.

 

Senarai semak ibu ayah ketika anak-anak mula bersekolah

1.    Kerja sekolah dan kerja kursus yang cikgu bagi, sudah disiapkan?

2.    Tanda nama sudah jahit pada baju dan tudung?

3.    Kasut sekolah sudah siap dikapur?

4.    Baju lama sudah dibasuh semula?

5.    Cecair pembasmi kuman sudah disediakan?

6.    Bekas makanan dan air sudah disediakan?

7.    Sudah ajar anak tentang SOP yang wajib dipatuhi?

8.    Ajar anak basuh tangan dengan betul

9.    Sebelum anak mula sekolah, cek dalam beg, takut ada mainan dan buku komik

10.    Sudah berurusan dengan individu yang akan hantar dan ambil anak di sekolah?

11.    Sudah pastikan siapa yang akan menjadi pengasuh sementara?

12.    Didik anak tidur awal.

13.    Buku teks dan buku tulis sudah siap dibalut rapi.

14.    Janji dengan anak jumpa di mana selepas balik sekolah

15.    Jika menaiki van sekolah, pastikan nombor telefon pemandu van

16.     Letak nombor telefon ibu bapa di dalam beg anak, untuk memudahkan jika berlaku kecemasan

17.    Ajar anak ke bilik air sekolah

18.     Ingat grup whatsapp hanya untuk urusan rasmi sekolah sahaja, jika ada apa-apa permintaan lain, whatsapp terus kepada guru

19.    Duit belanja sekolah anak yang mencukupi.

20.    Buku tulis dan buku teks sudah siap bertulis nama

21.    Jika bergejala, demam, batuk, selesema, tidak perlu hantar anak ke sekolah.

 

Pembukaan sekolah norma baharu, ini perlu ibu bapa tahu

1.    Hanya anak yang sihat sahaja DIBENARKAN hadir ke sekolah. Jika anak bergejala, pihak sekolah akan menghubungi ibu bapa untuk dibawa balik.                       

2.    Ibu bapa digalakkan menghantar anak mengikut masa yang ditetapkan oleh sekolah masing-masing i untuk memudahkan kerja saringan.   

3.    Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.  

                                                                                                    

Meningkatkan kesedaran kepada anak-anak berhubung:

1.    Penjarakkan sosial semasa di sekolah.

2.    Kekal di tempat sendiri.

3.    Tidak berkongsi makanan atau peralatan.

4.    Penjagaan kebersihan sepanjang masa.

5.    Galakkan anak kerap cuci tangan paling minima dua kali sepanjang berada di sekolah.

6.    Pemakaian pelitup muka. Digalakkan murid membawa pelitup muka tambahan kerana takut pelitup muka murid terjatuh, terhilang atau rosak.

7.    Digalakkan membawa bekal makanan dan minuman sendiri.

 

Keperluan murid

1.    Digalakkan membawa sudu dan  garpu sendiri untuk makan.

2.    Pelitup muka (mask 3 lapis)

3.    Kain lap meja (besar sapu tangan /tisu lembap)

4.    Cecair pembasmi kuman

5.    Alat tulis sendiri (pensel, pemadam, pengasah, pembaris dan pensel warna), jangan pinjam daripada orang lain.