UPSR tak lama lagi kan? Kepada murid yang akan menduduki peperiksaan, jangan lupa amalkan 10 tip ini supaya sentiasa cergas dan cerdas sepanjang tempoh peperiksaan.

Perkongsian Guru Bahasa Inggeris SMK Dato’ Engku Berjaya Sura  Nor Azizah Ab Aziz ini boleh bantu calon UPSR hadapi peperiksaan dengan tenang.

1.Perlu ada tempat belajar yang selesa.

2.Sentiasa semak jadual supaya calon dapat urus masa dengan baik dan tandakan tarikh penting seperti tarikh peperiksaan.

3.Buat ulangkaji secukup untuk setiap subjek.

4.Buat nota ringkas seperti peta minda, carta aliran, dan gambar rajah supaya mudah faham.

5.Belajar secara berkumpulan dan anda beri penerangan kepada rakan supaya lebih faham dengan sesuatu topik.

6.Ambil makanan seimbang, minum air kosong secukupnya dan jaga kesihatan.

7. Elak ambil makanan ringan, asam, jeruk dan air berkarbonat.

8.Pelajar perlu rehat dan tidur yang secukupnya supaya sentiasa cergas.

9.Sentiasa mohon restu kepada ibu bapa dan guru serta meminta maaf daripada mereka supaya segala ilmu yang diberikan lebih diberkati.