SETIAP pelajar perlu tahu lapan tip ini yang sangat berguna untuk elak sebarang kejadian tidak diingini ketika pergi dan pulang dari sekolah .

1) Tahu peraturan jalan raya sebagai pejalan kaki

- Menyeberangi jalan dengan menggunakan jejantas atau laluan pejalan kaki.

- Sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan kereta atau motosikal yang lalu lalang atau berhenti.

- Berjalan melawan arus.

- Jangan berjalan terlalu rapat dengan jalan raya.

2) Tahu bila untuk melarikan diri

- Guru perlu pesan pada pelajar anda supaya sentiasa mempercayai naluri hati jika merasakan tidak selesa dengan seseorang.

3) Berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali

- Pesan pada pelajar anda jangan mudah untuk mempercayai orang yang tidak dikenali.

- Jangan mudah terpengaruh dengan pujukan dan rayuan.

- Jangan mudah menerima atau memberi sesuatu dengan orang yang tidak dikenali.

4) Sentiasa ‘update’ dengan ibu bapa atau keluarga terdekat

- Mustahil jika pelajar zaman sekarang tidak mempunyai telefon bimbit sendiri, jadi gunakan telefon bimbit itu pada jalan yang betul. Namun, jika di sekolah, simpan telefon itu pada cikgu yang dipercayai. Hal ini bagi memudahkan pelajar anda menghubungi atau ‘update’ di mana mereka berada selepas tamat sesi persekolahan.

- Hantar teks atau hubungi ibu bapa atau keluarga terdekat apabila sudah keluar dari pekarangan sekolah, ketika perjalanan dan apabila sudah sampai ke rumah (jika ibu bapa tiada di rumah)

5) Jika ada kawan, jangan pilih untuk berjalan bersendirian

- Jika anda mengenali kawan pelajar anda yang juga pulang bersendirian dan tinggal berdekatan dengan kawasan rumah, pesan pada mereka supaya pulang bersamanya.

- Sentiasa berjalan berteman

- Sentiasa mengingati peraturan yang perlu dipatuhi.

6) Guna kata laluan rahsia

- Pesan pada pelajar anda supaya ingat kata laluan yang diberi supaya tidak mempercayai orang yang cuba untuk mendekatinya.

- Hal ini sebagai langkah keselamatan pelajar anda jika terdapat orang asing yang tidak dikenali menghulurkan bantuan untuk menghantar mereka pulang ke rumah, pelajar boleh bertanyakan orang itu mengenai kata laluan rahsia tersebut.

7) Tindakan yang perlu dilakukan apabila pelajar anda sesat

- Pastikan pelajar menghafal dan mengingati nombor telefon ibu bapa untuk menelefon apabila dalam kecemasan.

8) Ajar teknik asas mempertahankan diri

- Ajar pelajar anda guna minda dan deria sebagai contoh jika rasa diri diekori, pergi ke tempat ramai orang untuk meminta pertolongan.

- Ajar pelajar anda untuk menjerit sekuatnya apabila ditarik atau diserang oleh orang yang tidak dikenali seperti, “TOLONG! dan “TIDAK!”

- Gunakan kaki unutuk menendang sekuat hati di bahagian sensitif atau bahagian yang akan melemahkannya.

- Gunakan tangan yang bebas untuk memukul orang tersebut dengan kuat sambil meminta pertolongan.

- Gunakan gigi untuk menggigit bahagian yang pelajar anda sampai seperti tangan orang itu untuk melepaskan diri.

Artikel menarik:

21 kaedah belajar yang betul dan berkesan untuk bantu pelajar cipta kejayaan - Versi Cikgu Iznan

13 saranan terbaik Cikgu Syahid untuk pelajar yang sedang tunggu keputusan SPM

Surat terbuka guru buat ibu bapa yang bakal hantar anak ke tadika

Walaupun mengajar bahasa Melayu tetapi inovasi Matematik cikgu ini buat murid cepat pandai

'Ni tandas sekolah ke tandas hotel?' - Patutlah terpilih ke peringkat kebangsaan, tahniah SMKA Miri