Pulang sahaja dari sekolah, Aliff  terus letakkan baju dalam bakul baju kotor berwarna putih. Aliff tahu, baju tersebut bukannya boleh terus basuh dalam mesin pencuci.

Letaklah banyak mana sekalipun sabun, kotorannya tidak akan dapat dihilangkan.

Kebiasaannya ibu Aliff akan fokus pada kotoran sekitar bahagian kolar, lengan, poket, siku, lutut dan kaki seluar.

Nak hilangkannya mudah, jika tahu rahsianya. Tidak peru memberus sekuat hati, kotoran tersebut dapat ditanggalkan hanya dengan cara membersihkannya dengan sabun mandi sahaja!

Percayalah.... ia memang sangat membantu. Ikuti tip daripada ibu Aliff.

1 – Basahkan baju sekoah di dalam air, tidak perlu rendampun... hanya perlu basahkan ia.

2 – Ambil sabun mandi jenis ketul dan gosokkan pada tempat yang kotor.

3 – Berus pada kotoran tersebut, ajaibnya... hanya dengan menyental dengan tangan pun kotoran tersebut boleh hilang tau.

Berkesan sangat.... kalau tak percaya,  anak balik sekolah, cubalah tip ini.

Sementara itu, seorang lagi ibu muda turut berkongsi tip membasuh baju dengan menggunakan sabun basuh.

Caranya adalah seperti berikut:

1.    Sagat sabun mandi, boleh buat banyak-banyak dan simpan.

2.    Gosok sabun pada tempat yang kotor, masukkan dalam mesin pencuci.

3.    Masukkan juga sabun mandi yang telah disagat.

4.    Tekat ‘start’ dan biarkan ia berputar.

5.    Tidak perlu gosok, baju boleh menjadi putih dan bersih.

Selamat mencuba.