Tidak mahu anak-anak didik ketinggalan dalam pelajaran ketika Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) ini, seluruh guru-guru di Malaysia telah mengambil inisiatif menghantar bahan pembelajaran ke rumah pelajar mereka.

Biarpun ada masanya perlu meredah hujan lebat, panas terik dan pelbagai cabaran lain, namun cikgu-cikgu ini tetap menjalankan tugas mereka sebagai seorang pendidik.

Seperti kata seorang guru…

“Kami menaiki kereta. Agak mencabar sepanjang perjalanan ke rumah pelajar kerana laluan yang sempit, perlu melalui kebun sawit dan di tengah bendang”

“Saya perlu menempuh perjalanan hampir 150 kilometer untuk bertemu dengan murid.

Mari kita lihat, sebahagian pengorbanan guru yang turun padang menghantar kerja sekolah kepada pelajar.

1) Dua guru Sekolah SMK Bagan Terap, Cikgu Norafiza Razilah dan Cikgu Junaidah Mat Amin membuat Kunjungan Kasih BioKimia bagi pelajar 5 Ibnu Sina, baru-baru ini. Dalam kunjungan tersebut, mereka bertanyakan khabar pelajar, menghulurkan sedikit sumbangan daripada guru-guru untuk membantu pelajar belajar secara online, memberi tugasan Biologi dan Kimia, mengumpul tugasan Biologi dan sebagainya.

2) Guru Cemerlang Hifz Al-Quran, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, Ismail Salleh menyerahkan modul pembelajaran dan memberi sedikit sumbangan kepada pelajar Tingkatan Satu Fathonah, Nurul Ain Najihah Mohd Kher di rumahnya di Kampung Kubang Palas Padang Sanai, Padang Terap, Kedah.

3) Guru Cemerlang Bahasa Melayu, SMK Bukit Payong, Pokok Sena, Kedah, Dr Abdul Ghani Jalil menghantar kerja sekolah kepada salah seorang anak didiknya, baru-baru ini.

4) Bapa murid SK Limau Purut, Kuala Lipis mengambil bahan modul pembelajaran untuk anak mereka di sekolah.

5) Pengetua SMK Bandar Damai Perdana Cheras, Mohammad Yunus Daud menyampaikan modul Tingkatan Lima kepada salah seorang ibu pelajar yang hadir ke sekolah.

6) Ketua Panitia Pendidikan Islam SMK Bandar Damai Perdana Cheras, Ustazah Syafini Hamzah menghantar bahan modul kepada pelajar, Mohd Salikin Mohd Daud. Mohd Salikin merupakan pelajar Tingkatan Lima Bijak dan antara anak didik yang cemerlang dalam pelajaran.

Artikel menarik

‘Saya dah siapkan kerja sekolah cikgu, tapi…’ – Air mata warganet tumpah!

Beratnya cecah 10kg! Cikgu Hilda tak sangka jumpa ini sepanjang larian di Putrajaya, ramai terkejut.