Rindu pada sekolah ya? Bangun pagi awal-awal, ke sekolah bersama kawan-kawan, tunggu masa rehat, makan dalam kelas, belajar dan tiba waktu habis sekolah, balik rumah.
Biarpun masa di sekolah nampak begitu memenatkan, namun sebenarnya belajar di rumah juga boleh tahan cabarannya. Tapi kenapa boleh jadi begitu ya?
Mungkin sebabnya daripada anda sendiri juga.
Mengadap buku dan laman maya dari pagi sehingga ke malam, sehingga tiada ruang untuk diri sendiri. Nak keluar rumah ambil angin, virusnya masih lagi ada. Terus menerus belajar bosan jugakan, kalau boleh nak juga cari mood baru yang lebih segar dan menarik.
Jadi, apa kata ubah mood belajar anda dengan membina ruang belajar yang lebih menarik di rumah. Tiadalah bosan sangat nantikan.
Hias dinding bilik anda
Gambar: Andrea Piacquadio dari Pexels
Tak perlu cat bilik pun, anda boleh ubah mood belajar hanya dengan melekatkan wallpaper pada sebahagian dinding yang akan dijadikan ruang belajar. Jika tiada bajet mencukupi, boleh je lekatkan pelekat atau kertas pembalut hadiah. Temanya, terpulang pada anda.
Tapi, bukanlah semua dinding yang perlu dihias. Anda hanya ubah pada ruang yang akan dijadikan tempat untuk ulang kaji.
Lengkapkan peralatan belajar
Gambar: Katerina Holmes dari Pexels
Penuhkan bekas peralatan belajar anda dengan pen, pensel, pembaris, warna dan apa sahaja yang menjadi keperluan anda. Bagi anda yang suka mencatat sesuatu, apa kata gunakan pensel warna atau pen berwarna warni supaya anda rasa lebih ceria mudah mudah mengingati fakta.
Selain membantu menambah daya ingatan, catatan yang berwarna warni ini juga akan menjadikan anda seorang yang kreatif.
Bantal cantik hiasan kerusi
Gambar: Kaboompics .com dari Pexels
Berjam-jam di hadapan laptop akan membuatkan pinggang jadi tegang. Jadi, gunakanlah bantal sebagai sokongan ketika duduk di kerusi. Pilih bantal yang cantik, berwarna warni dan mengikut tema ruang belajar anda.
Muzik dan aromaterapi
Gambar: Karolina Grabowska dari Pexels
Siapa kata belajar tidak boleh mendengar muzik? Boleh.... tapi janganlah pilih muzik yang melodinya keras. Sebaiknya pilih melodi yang nyaman, lembut dan romantik. Barulah seronok nak belajar. Nak lebih asyik, letakkan aromaterapi pada ruang belajar. Ia sedikit sebanyak dapat membantu anda berasa tenang dan fokus ketika pembelajaran.
Sumber: blog.ruangguru.com