Ini rupanya tip mudah skor UPSR, belajar saat akhir untuk murid kelas hujung. Dikongsi oleh Pengasas ELAS, Harun Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Cgu Jinggo.

Asas kepada perubahan dan kemenjadian pelajar ( kelas hujung ) tidak berpaksi kepada berapa WHAT ( keputusan ) kita dahulu, dunia tidak bertanya dari mana kita mula, dunia mahu melihat keputusan.

Kejayaan bermula daripada perkataan WHY, kenapa kita mahu berjaya. Kekuatan WHY akan menguatkan HOW ( tindakan ) kita.

Tanya pada diri, kenapa kita mahu pastikan UPSR 6A.

Mari kita pratiskan 7S Model.

Skor

Kita ada matlamat yang amat jelas. Mulakan dengan membayangkan diri sudah berdapat dan kita percaya kita mendapat 6A. Lihat matlamat kita.Tulis dan Tampal, See dan Say - hari-hari kita praktiskan.

Skill

Kemahiran belajar perlu dikuasai untuk mendapat Score.belajar dengan cara sendiri , tidak perlu ikut cara orang lain.pastikan cara kita.

Strategi

Kenal pasti tindakan yang praktikal untuk berjaya. Kenalpasti ( feedback ) dari keputusan peperiksaan yang lalu.

Spirit

Motivasi dalam yang berpaksi kepada perkataan WHY, kenapa kita mesti mendapat 6A. Untuk apa..

Support

Kita perlukan orang lain untuk memberikan ‘kehangatan’  emosi pada kita. Cari Mentor yang boleh kita jadikan rujukan.

Space

Kawal masa kita, urus masa kita berasaskan 4D Method.

Speed

Latihan dan latih tubi berterusan.

Spiritual

Menjaga hubungan dengan ALLAH, ibu bapa dan guru, selain dalam hubungan sosial sesama.

Tip untuk kelas hujung

Kita tidak perlu membanding-bandingkan kita dan orang lain, kita juga tidak perlu ‘membenarkan ‘ orang lain membanding-bandingkan kita. Percayalah, seekor ikan hebatnya dalam air, bukan panjat pokok.

Kita mulakan apa yang kita ada hargai apa yang kita ada.

Percayalah, tidak ada orang ( pelajar ) yang gagal, yang gagal adalah prosesnya.

Tip last minute

Kita bahagikan kepada empat keperluan untuk dipraktiskan, Fizikal, Intetektual , Emosi dan Spiritual.

Fizikal

1.Kita kawal aktitivi yang melibatkan fizikal pada waktu exam semakin dekat. Aktiviti riadah, bersukan boleh dilakukan selepas habis waktu exam.

2.Jaga pemakanan yang boleh menyebabkan perut tidak ‘sihat,’ makan makanan berkhasiat.

3.Tidur yang cukup, 8 jam sebaiknya.

Intelektual.

1.Jangan terperangkap dengan keputusan exam yang lalu, percayalah tidak ada pelajar yang gagal. Yang gagal adalah proses. Kenal pasti Feedback ( proses ) kenapa kita gagal.

2.Kawal masa melalui 4D Method , Do it Now ( buat sekarang ), Do it Later ( bukan kemudian ), Do It Next ( buat selepas habis keutamaan ) Delete ( jangan buat ) Listkan akviti harian kita ( terutamanya hujung minggu )

3. Kenalpasti 4D Method. Masukkan semua Aktiviti harian tersebut dalam setiap kotak dan praktiskan.

4.Berani untuk berkata TIDAK untuk aktiviti yang memudaratkan.

5.Buat bacaan ringkas ( nota ), permudahkan kefahaman melalui acroname, akrotis & story telling. Sediakan buku nota kecil ( kad ) yang boleh dibawa ke mana-mana dengan mudah.

Emosi

1. Gangguan emosi, adalah dua, dalaman dan luaran. Seandainya luaran, cepat-cepat jumpa kaunselor untuk bantuan.Gangguan emosi dalaman - percayalah, ALLAH jadikan setiap peristiwa untuk kita belajar dan kita belajar. Bersangka baik dengan semua peristiwa.

2.Elakkan perbalahan dengan rakan-rakan dan keluarga. Kala ini, mak ayahlah yang berperanan memberikan ‘ kehangatan ‘ emosi pada anak-anak.

Spiritual

1.Sikap kita terhadap ibu bapa, guru, adik-beradik memberi kesan terhadap proses kemenjadian kita. Kita praktiskan 3M - Maafkan orang itu, Maafkan Diri Sendiri dan Maafkan Peristiwa itu.

Kita minta maaf dan pohon restu mereka. Keegoaan kita hanyalah sebuah beban untuk kita berjaya.

       Macam hot ballon, untuk naik ke atas,  kehangatan ( emosi ) dan kurang beban.

2.Bagaimana hubungan kita dengan ALLAH. ALLAH memberikan terbaik untuk kita. Maka, berterusanlah untuk berdoa.

Percaya dan yakin, yang menaikkan belon itu bukan warna belon, tetapi isi dalam belon itu.

Untuk melihat anak ayam, sebiji telur pecah dari dalam atau luar. Kalau telur pecah dari luar, ‘hidup akan berakhir.’ Jika telur pecah dari dalam, perubahan kejayaan akan datang dari pilihan kita sendiri.

TIP MENARIK:

UPSR dah dekat - Ini kami kongsi 10 tip Skor A Sains UPSR

Tip Skor A Matematik UPSR - Mak ayah wajib ambil tahu perkara ini

Cikgu ini yakinkan pelajarnya yang subjek Matematik sangat mudah dan ini yang beliau buat...

UPSR makin hampir, sudah bersedia untuk menjadi pelajar cemerlang?

Nak elak mudah lupa dan tak faham sesuatu topik - Ini tujuh tip yang patut anda tahu