Bagi murid yang berada dalam 'kelas belakang', anda tidak perlu berasa rendah diri dan kecewa.

Ini kerana, kejayaan dalam peperiksaan bukan untuk murid kelas depan semata-mata, sebaliknya kelas belakang juga berpeluang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Pengasas Elas, CguJinggo berkata, proses kemenjadian pelajar atau manusia tidak berpaksi kepada di mana kelas dan di mana mula kerana dunia hanya mahu melihat keputusan.

Jom kita ikuti tip yang dikongsi CguJinggo untuk semua murid yang berada di kelas belakang.

1) Mind setting bahawa kejayaan di dunia tidak berpaksi kepada dari mana kita mula. Dunia hanya mahu melihat keputusan A bukan dari mana kelas kita.

 

2) Percayalah, yang menaikkan belon itu bukan disebabkan warna belon, yang menaikkan belon adalah isi dalam belon, yang menjadi kita hebat bukan di sebab kelas depan @ belakang, kaya miskin keluarga kita, isi dalam diri kita memberikan.

 

3) Yakin dan percaya, ikan hebatnya dalam air dan bukannya panjat pokok. Kita ada potensi yang berbeza. Jangan membanding-bandingkan kita dan orang lain. Peranan ibu bapa, terus mendokongi anak-anak kita tanpa tekanan. Kita percaya kepada kepelbagaian kepintaran.

 

4) Jaga aktiviti fizikal menjelang peperiksaan. Aktiviti seperti main bola pada waktu petang atau aktiviti riadah lain yang melibatkan fizikal. Gantikan dengan senaman ringan di rumah atau berjalan-jalan melibatkan aktiviti fizikal.

 

5) Tidur dengan cukup. Pastikan kualiti tidur yang cukup lebih kurang 10 jam. Pada waktu ini ‘say no' untuk gajet, smartphone, youtube dan media sosial.

 

6) Jaga pemakanan, elakkan makan makanan yang pedas atau makanan yang boleh membuatkan sakit perut.

 

7) Buat ujian olok-olok dan sedia peralatan sehari sebelum. Buat latihan berasaskan masa peperiksaan sebenar dan dapatkan jadual peperiksaan.

 

8) Pengurusan masa. Untuk mengelak kita tertekan dalam pengurusan diri dan masa, praktikan 4D method. Kita buat empat kotak, yang mewakili aktiviti DO IT NOW, DO IT LATER, DO IT NEXT dan yang terakhir DELETE.

Cuba senaraikan semua aktiviti hari kita dan masukkan aktiviti-aktiviti berdasarkan keutamaan.

Do it Now - perkara yang penting dan segera dilakukan.

Do it Later - perkara yang boleh diuruskan atau diatur kemudian, seperti menjawab whatssap, makan dan lain-lain.

Do it Next - perkara-perkara atau aktiviti yang kita buat selepas selesai keutamaan ‘matlamat' yang dirancang. Contoh balik kampung, tengok wayang, bercuti bersama keluarga dan lain-lain.

Delete - aktiviti atau perkara yang kita delete untuk dipraktikkan berdasarkan keutamaan kita pada peperiksaan seperti media sosia, youtube, facebook, Instgram dan sebagainya.

 

9) Elakkan gangguan emosi - Ada dua jenis gangguan.

Gangguan dalaman dan gangguan luaran.

Dapatkan bantuan kaunselor, guru-guru dan rakan-rakan. Selesaikan sebelum kita duduki peperiksaan.

 

10) Gunakan ruang terbaik kita. Minta dipermudahkan Allah untuk menduduki dan menjawab soalan peperiksaan.

Kesimpulan, percayalah kepada kemampuan diri dan yakin yang menaikkan belon itu bukan warna belon. Isi dalam belon tidak melihat di mana kita mula, dunia hanya mahu melihat keputusan.

Selamat Menduduki PPSR.

Sumber: Harun Abu Bakar (CguJinggo), Pengasas Elas