PECAHAN merupakan tajuk yang paling sukar dikuasai oleh murid (Gabriel et al.,2013; Yazlik & Aksoy, 2017).

Kesilapan yang dilakukan oleh murid berpunca daripada pengajaran guru yang menekankan prosedur pengiraan (Lamon, 2001; Idris & Narayanan, 2011).

Kajian Herani Tri Lestiana, Sri Rejeki & Fariz Setyawan (2016) kesalahan murid melibatkan prosedur operasi asas dan kesalahan konseptual dalam pecahan.

Kemahiran yang telah dipelajari

Tahun Satu

3.1 Konsep perdua dan perempat pecahan wajar

3.1.1 Mengenal pasti satu perdua, satu perempat, dua perempat dan tiga perempat.

 

Tahun Dua

3.1 Pecahan wajar.

3.1.1 Mengenal pasti dan menyebut pecahan wajar yang pengangkanya 1 dan penyebutnya hingga 10.

3.1.2 Menamakan pecahan wajar yang pengangkanya hingga 9 dan penyebutnya hingga 10.

3.1.3 Mewakilkan gambar rajah mengikut pecahan yang diberi.

3.1.4 Menulis pecahan wajar yang diberi.

3.1.5 Membanding nilai dua pecahan wajar yang diberi.

 

Tahun Tiga

(Fokus kepada SP Melibatkan Operasi Asas Pecahan)

3.1.2 Menyatakan pecahan setara bagi pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10.

 

Kemahiran Menambah dan Menolak Pecahan Sama dan Tidak Sama Penyebut

3.1.5 & 3.16 Menambah dan Menolak dua pecahan wajar melibatkan:

(i) penyebut yang sama,

(ii) penyebutnya 2 dengan 4, 6, 8 dan 10,

(iii) penyebutnya 3 dengan 6 dan 9,

(iv) penyebutnya 5 dengan 10,

(v) penyebutnya 4 dengan 8, dan hasil tambahnya melibatkan pecahan wajar.

Kemahiran/Pengetahuan sedia ada murid

(1) Mewakilkan gambar rajah mengikut pecahan yang diberi (Tahun Dua)

(2) Menyatakan pecahan setara bagi pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10 (Tahun Tiga)

 

Terdapat kemungkinan kesalahan penambahan/penolakan

- Menambah pecahan seperti nombor bulat

1/3 + 1/3 = 2/6

1/2 + 1/4 = 2/6

 

- menyelesaikan soalan pecahan seperti bentuk lazim

1/3 + 1/3 = 26

 

Cadangan/peringkat pembelajaran

(1) Gunakan perwakilan gambar rajah untuk menerangkan kepada murid mengenai penambahan/penolakan pecahan terutamanya melibatkan pecahan tidak sama penyebut.

(2) Kemahiran sangat penting - Pecahan Setara Gunakan pengetahuan sedia ada murid semasa belajar Pecahan Setara. Banyakkan aktiviti menggunakan gambar rajah/kertas grid 1cm.

- Pada bahagian ini guru bimbing murid meneroka pecahan setara melalui aktiviti menaakul.

Contoh

1/2 = 2/4

1/3 = 2/6

1/4 = 2/8

- Adakah pecahan yang disenaraikan sahaja ada pecahan setara?

- Boleh murid cari pecahan setara lain?

- Bagaimana?

- Cuba perhatikan 1/2 setara 2/4 dari 1 jadi 2, dari 2 jadi 4, - apa operasi yang terlibat?

- jika darab, darab dengan berapa?

- betul ke? Cuba buat dengan pecahan lain, dapat tak pecahan setara (buktikan dengan gambar rajah)

Menaakul dapat memberi makna terhadap apa prosedur yang digunakan untuk dapat jawapan. Peranan guru membimbing murid untuk membuat konjektur, membuktikan konjektur, memberi penerangan logikal, menganalisa, membuat pertimbangan, menilai dan memberi justifikasi terhadap semua aktiviti matematik.

(3) Penyusunan contoh berperingkat

Bahagian 1 (Mudah)

Tambah sama penyebut

 

Bahagian 2 (Sederhana)

1/2 + 1/4 =

1/3 + 1/6 =

1/4 + 1/8 =

1/5 + 1/10 =

(Kesemua contoh ini melibatkan x2 untuk samakan penyebut)

1/2 + 1/6 =

1/3 + 1/9 =

(Kesemua contoh ini melibatkan x3 untuk samakan penyebut)

1/2 + 1/8 =

(Contoh ini melibatkan x4 untuk samakan penyebut)

 

1/2 + 1/10 =

(Contoh ini melibatkan x5 untuk samakan penyebut)

 

Bagaimana murid fikir untuk selesaikan?

(1) Murid biasanya akan respon

“cikgu kita potong macam ini...” Faham penyelesaian secara perwakilan gambar rajah.

(2) Cuba cikgu bimbing secara prosedural kaitkan dengan kemahiran pecahan setara yang telah dipelajari.

- bila potong apa jadi?

- contoh 1/2 sekarang dah jadi berapa? 2/4 pecahan ini berbeza tetapi sama nilai.

- boleh tambah?

 

Bahagian (KBAT)

Bagaimana cara untuk menambah pecahan berikut?

1/2 + 1/3 = ?

Soalan ini biasanya murid tak dapat nak bandingkan mengikut garis pecahan. Jika cikgu susun contoh secara teratur, cikgu akan nampak contoh ini berbeza dengan yang saya nyatakan di atas.

Kesimpulan

Berdasarkan DSKP kemahiran yang dipelajari semasa Tahun Satu merupakan kemahiran asas sahaja.

Kemahiran pecahan setara penting, cikgu bimbing murid secara menaakul.

Banyak guna bahan, perwakilan gambar rajah. Lipatan kertas agak sukar terutamanya melibatkan lipatan ganjil. Boleh guna kertas grid 1cm untuk melukis.

Sumber: Facebook Muhammad Saffuan

- Muhammad Saffuan Jaffar merupakan guru Matematik Sekolah Kebangsaan Dato Sharif Hamid, Marudi Sarawak 

Artikel menarik:

Tiga guru muda kongsi 'idea pembelajaran' menggunakan Model 5E konstruktivisme

Guru Cemerlang kongsi sembilan rahsia menjadi guru hebat