Pembelajaran dalam talian sedikit memeningkan bagi sesetengah ibu bapa, apatah lagi bagi mereka yang mempunyai ramai anak. Namun perkongsian daripada ibu muda bernama Nora’s Noraziyan ini sangat menarik. Beliau menunjukkan fungsi folder di telegram yang boleh membantu ibu ayah menyimpan dan menyemak kerja setiap anak.

Nak tahu lebih lanjut, ini cara beliau...

TUTORIAL CREATE CHANNEL

Channel berfungsi sebagai fail untuk menyimpan gambar, video dan info-info yang mak ayah mahu simpan untuk  kegunaan sendiri. Caranya dengan FORWARD chats/info dari dalam group kelas ke dalam channel kalian.

KLIK VIDEO DI SINI

Ibu ayah boleh ikut step ini

1.    Pastikan Telegram kalian sudah diupdate dalam versi terkini untuk setting FOLDER.

2.    Klik pada FOLDER untuk cipta folder. FOLDER ibarat kotak besar untuk menyimpan buku. Kalian juga boleh cipta CHANNEL untuk menyimpan kerja sekolah anak. Channel ibarat buku nota. Boleh simpan gambar, video, fail dan lain-lain dari dalam group yang kita sertai.

3.    Klik Create Folder. Maksimum 10 folder dibenarkan. Setiap folder letak nama anak atau apa-apa yang mak ayah mahu.

4.    Klik ADD CHATS untuk group sekolah yang mak ayah dah join mengikut ketegori folder yang dicipta tadi.

NOTA : PASTIKAN NAMA FOLDER TIDAK TERLALU PANJANG MELEBIHI 12 HURUF (nanti tak boleh nak SAVE)

5. Group atau chats yang sudah dimasukkan didalam folder akan kelihatan seperti ini.Senang mak ayak nak carik group anak yang mana satu. Tak perlu nak scroll semua chats. Kurang sikit pening kepala tu.

 

6.    CARA MUDAH MASUKKAN GROUP/CHANNEL KE DALAM FOLDER

  • KLIK pada group yang dipilih
  • Klik  TITIK TIGA  sebelah kanan atas
  • Pilih ADD TO FOLDER yang sudah kalian 'create'

7.    CARA SHORTCUT CREATE CHANNEL - Klik icon pensil dan follow step seperti dalam video di atas.

Mudahkan... selamat mencuba