Mudah dan menjimatkan.

Sempena cuti sekolah atau hujung minggu, apa kata kita tarik perhatian anak untuk bermain bersama.

Daripada mereka leka bermain game digajet, atau melekat di hadapan TV, lebih baik kita ajak mereka main belon buih gergasi.

Belon buih atau 'giant bubble' ni selalunya boleh didapati di taman rekreasi tau.

Tak silap harganya RM5 semangkuk kecil.

Anak-anak pun tak puas main, sebab sekejap je habis.

Kali ni, anak boleh main dengan sepuasnya. Tiada had dan bayaran pun.

Nak buat pun mudah.

Berikut adalah perkongsian daripada Puan Hanizam Nazri mengenai cara buat belon buih gergasi atau ‘giant bubble’ secara DIY.

Jom tengok!

CARA BUAT BELON BUIH GERGASI AKA ‘GIANT BUBBLE’. DIY JIMAT!

Berikut adalah bahan yang diperlukan untuk membuat belon buih gergasi atau ‘giant bubble’.

BAHAN-BAHAN:

250 ml pencuci pinggan JOY

4 sudu besar tepung ubi kayu

1.5 liter air

Mungkin ramai akan bertanya sama ada boleh menggunakan pencuci pinggan jenama lain.

Sebenarnya, pencuci jenama JOY ini berkepekatan tinggi.

Boleh ditambah 1 sudu besar ‘baking powder’ untuk hasil yang lebih baik.

1. GAULKAN BAHAN

Cara membuat bancuhan buih sabun ini mudah saja.

Hanya perlu gaulkan semua bahan di atas hingga sebati.

Pastikan ikut sukatan yang diberikan tadi.

2. CARA BUAT ‘BUBBLE WAND’

Kemudian, dah boleh mula main.

Kalau tak ada ‘bubble wand’, boleh buat sendiri.

Ada banyak idea menarik untuk anda cuba.

Antaranya menggunakan penyangkut baju (‘hanger’).

Kalau nak buat yang lebih baik, boleh juga balutkan dengan tali jenis kain seperti dalam gambar di bawah ini.

Tali ini membantu penyerapan buih sabun yang lebih banyak, jadi dapatlah buat buih yang lebih berkualiti.

Kalau tiada ‘hanger’ jenis ini di rumah, anda boleh juga gunakan tali dan penyedut minuman (‘straw’).

Senang sangat, ikut saja langkah bergambar di bawah ini.

3. DAH BOLEH MAIN!

Siap!

Sekarang dah boleh buat buih gergasi.

Rendamkan saja ‘hanger’ atau ‘bubble wand’ yang dibuat tadi dalam bancuhan buih.

Besar kan belonnya?  

MUDAHNYA, JOM DIY SENDIRI!

Tak susah pun cara buat belon gergasi ini, bukan?

Tengok hasilnya pun boleh tahan, lebih kurang macam yang dibeli di luar.

Jadi, jom cepat cari bahan dan ajak anak-anak bermain.

Tentu mereka leka sampai berjam-jam lamanya!