UPSR baru sahaja selesai. Guru dan murid pun dah lega sekarang bukan?

Semoga semuanya beroleh kejayaan yang cemerlang ya.

Walaupun UPSR sudah selesai, namun kerja guru tetap berterusan.

Begitu juga dengan murid pasca UPSR ini.. pengisian program sangat penting bagi mengisi masa lapang dengan aktiviti bermanfaat.

Berikut disenaraikan contoh-contoh program yang boleh dianjurkan oleh guru dan pihak sekolah:

  1. Bengkel Seni Mempertahankan Diri
  2. Malam Kesenian Pelajar
  3. Bengkel Reka Grafik dan Foto
  4. Bengkel Fotografi
  5. Seminar Kerjaya
  6. Seminar Persediaan Sekolah Menengah
  7. Gotong Royong Mesra Masyarakat
  8. Bengkel Kraf Kertas/ Origami
  9. Bengkel Buku Popup
  10. Kembara Penulisan
  11. Seminar Remaja Cemerlang
  12. Program Cinta Alam Sekitar
  13. Aktiviti Rentas Desa
  14. Aktiviti Jelajah Berbasikal
  15. Bengkel Membuat Video
  16. Kembara Pantun dan Puisi
  17. Bengkel Penulisan Kreatif
  18. Program Keceriaan Kelas
  19. Membina blog/laman web vlefrog
  20. Kem Ibadah
  21. Kem Jati Diri
  22. Kem Hafazan Al-Quran
  23. Klinik Al-Fatihah
  24. Pertadingan Melukis
  25. Pertandingan Rekacipta
  26. Pertandingan Catur
  27. Sukaneka
  28. Hari Sukan Tahun 6
  29. Lawatan Sambil Belajar
  30. Program pertukaran pelajar
  31. Program khidmat sosial
  32. Pertandingan Memasak
  33. Bengkel Komunikasi dan Pengucapan Awam
  34. Eksplorasi Tempat Bersejarah
  35. Program Ramah Mesra Rumah Anak Yatim
  36. Minggu Keusahawan Murid
  37. Pertandingan Fotografi
  38. Pertandingan Melukis Mural
  39. Bengkel Anti Dadah
  40. Seminar Remaja Tolak Jenayah
  41. Demontrasi Anggota Bomba dan Penyelamat
  42. Pertandingan Dekorasi Taman
  43. Kursus Bahasa Asing
  44. Bengkel Renang
  45. Jungle Tracking
  46. Pidato Remaja
  47. Gotong Royong Kebersihan Sungai
  48. Aperatis Kerjaya
  49. Pertandingan Master Chef Remaja
  50. Bengkel Penulis Muda
  51. Program Silang Bangsa dan Budaya
  52. Program Remaja Celik IT
  53. Membuat taman herba/Sains
  54. Berkebun/hidroponik
  55. Pertandingan Khat/kaligrafi Cina
  56. Pertandingan memasak kuih tradisional
  57. Pertandingan permainan tradiosional (congkak, wau)
  58. Projek menghasilkan baja dari sisa makan
  59. Explorace Sains atau Treasure Hunt
  60. Kem kecergasan/ senamrobik

Biarpun UPSR telah selesai, ia tidak bermakna pembelajaran itu sudah tamat, setiap aktiviti yang dianjurkan juga mempunyai manfaatnya.

Jangan lupa sentiasa berdoa kepada yang Esa ya!

Artikel Menarik:

Berkat kegigihan tiga guru ini, pasukan bola dari sekolah di tengah belantara muncul juara MSSD

"Berehatlah muridku..."- Catatan hati guru arwah Mejar Zahir ini buat ramai sebak

Ramai meremang dengar suara merdu dua cikgu cantik dari Kuala Pilah ini

'Cantiknya' - Enam pelajar ini terkejut dapat pujian daripada Raja Permaisuri Agong

Cikgu K A Razhiyah terima Anugerah Puteri Maha Chakri 2019