KENAPA PERLU WAJIB KAN DIRI TANYA ANAK SOALAN MATEMATIK RINGKAS?

 

  1. Untuk meransang minda anak cekap mengira.
  2. Kaedah congak antara kaedah terbaik melatih minda dan kecerdasan anak-anak.
  3. Masih ramai murid tahap dua (Tahun 4-6) membuka jari untuk mengira 6+8, 18+5 ( hasil tambah yang nilainya lebih dari 10). Terpaksa membuka jari bermaksud mereka kena kira satu-satu. Lambat!

  4. Matematik itu berkait rapat dengan ketepatan dan ketangkasan (cepat). Tepat dan cepat!
  5. Ramai murid gagal menjawab semua soalan dalam peperiksaan BUKAN KERANA mereka tak dapat jawab, tetapi kerana MEREKA LAMBAT MENGIRA.

 

Jadi, biasakan diri soal anak soalan mudah setiap hari ya!

Tak perlu suruh mereka tulis dan kira dalam buku pun, cukup mereka jawab spontan sahaja. :blush:

Kongsikan tips ini dengan kawan-kawan yang lain juga ya. Moga-moga anak-anak kita semua pintar Matematik.

 

Wajibkan diri setiap hari duga akal anak dengan soalan Matematik mudah. At least 5 soalan sehari tak apa dah.

Contoh :

"Kakak, 7+6 berapa?"

"4x8 berapa?"

"12-9 berapa?"

 

Soalan secara lisan sahaja, tapi sangat membantu perkembangan anak-anak dalam mengira.

 

 

Sumber : Cikgu Mohd Fadli Salleh