Tahukah anda, bidang perguruan dipercayai kerjaya paling berisiko tinggi menyumbang kepada tekanan dan kemurungan, malah, golongan pelajar juga tidak terkecuali.

Perilaku mahu membunuh diri dalam kalangan kelompok usia remaja juga turut  meningkat sejak kajian NHMS 2012. WHO baru-baru ini melaporkan bahawa kematian bunuh diri adalah antara 10 punca utama kematian di dunia hari ini dan punca kematian kedua tertinggi bagi mereka yang berusia 15 hingga 29 tahun.

Hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) mendapati bahawa kadar bunuh diri dalam kalangan remaja di Malaysia berusia 13 hingga 17 menunjukkan trend peningkatan berhubung niat untuk membunuh diri, daripada 7.9 hingga 10 peratus dari 2012 hingga 2017.

Kajian terkini oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa kebiasaan berlaku kemurungan adalah 18.3 peratus apabila seorang daripada lima remaja mengalami kemurungan dan dua daripada lima remaja mengalami kegelisahan.

Berdasarkan kajian, setiap orang mempunyai potensi untuk mengalami ‘Stress Anxiety Depression (SAD)’. Namun masalah ini boleh dikenalpasti dengan melakukan ujian saringan minda sihat menerusi laman web terpilih.

Menerusi ujian saringan ini, seseorang itu boleh mengetahui status kesihatan mental sama ada anda mengalami stress, bimbang, atau kemurungan.

Ujian ini hanya berfungsi sebagai saringan awal dan pengesahan diagnosis oleh pegawai perubatan adalah diperlukan.

Ujian saringan ini mengandungi 21 soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan, iaitu Tidak Pernah, Jarang, Kerap dan Sangat Kerap. Jawab soalan dengan memilih SATU jawapan mengikut kesesuaian dan bertepatan dengan situasi diri anda.

Lebih memeranjatkan, golongan wanita lebih terdedah dengan masalah kesihatan mental atau kemurungan berbanding lelaki.

Kajian turut menunjukkan 50% yang mempunyai masalah kesihatan mental tidak membuat rawatan dan merujuk permasalahan tersebut kepada pakar. Rasa rendah diri, stigma masyarakat, dan tidak ambil kisah, dibimbangi akan menyebabkan berlakunya kesan lebih teruk pada masa akan datang.

Justeru, seseorang itu perlu bijak mengatasi tekanan, dengan mendapatkan sokongan daripada ahli keluarga dan meluahkannya dengan mereka yang boleh dipercayai. Jangan mudah melabel, dan jadilah pendengar yang baik, kerana ia sedikit sebanyak dapat membebaskan seseorang itu daripada belenggu kemurungan.

Adakah anda mengalami Anxiety Disoder atau Normally Anxious?

1.Lakukan saringan kesihatan minda anda menerusi Depression Anxiety Stress Scale. 

Cikgu boleh semak dan klik di sini: UJIAN KESIHATAN MENTAL

2.Terdapat 21 soalan, anda hanya perlu pilih salah satu jawapan berikut. Klik/sentuh pada jawapan yang sesuai dan keputusan akan dikira secara automatik.

3.Keputusan akan diberikan, sama ada anda Kemurungan/Depression, Keresahan/Anxiety atau Stress.

4.Rujuk pakar / Doktor

5.Hubungi 603-79568145 atau laman sesawang https://www.befrienders.org.my/.

Perkhidmatan sokongan ini PERCUMA dan terangkan anda mengalami SAD.

Sumber: BERNAMA, SINAR HARIAN, RAMLIMUSA