KUALA LUMPUR - McDonald’s Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor berganding bahu melalui program #KitaJagaKita bagi menyebarkan mesej pencegahan Covid-19.

Program ini mendekati lebih 35,000 murid, melibatkan 30 sekolah terpilih sekitar Lembah Klang yang berhampiran dengan restoran McDonald’s.

Majlis pelancaran program #KitaJagaKita yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keramat Wangsa, Kuala Lumpur menyaksikan McDonald’s Malaysia menyumbang lebih 1,000 mesej pencegahan Covid-19 untuk diletakkan di persekitaran sekolah-sekolah ini. Mesej-mesej yang disumbangkan adalah dalam bentuk poster, papan tanda, dan juga pelekat yang bertujuan memberi kesedaran tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mencegah penularan Covid-19.

“Inisiatif yang dilaksanakan ini merupakan cara kami memberi sokongan terhadap usaha berterusan kerajaan menangani penularan Covid-19. Sebagai sebuah syarikat terkemuka, kami ingin memberi impak positif kepada masyarakat di sekitar lokasi operasi kami, terutama ketika kita masih berada dalam saat sukar dengan pandemik ini yang masih berleluasa.

"Semoga sumbangan mesej-mesej ini di sekolah mampu meningkatkan semangat #KitaJagaKita di kalangan murid, guru, ibu bapa dan pihak pengurusan sekolah agar saling prihatin dan mengambil berat antara satu sama lain. Sama-samalah kita beringat dan memastikan diri dan persekitaran kita sentiasa selamat daripada jangkitan wabak ini,” kata Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai.

Pengetua SMK Keramat Wangsa, Mustafa Kamal Musa (kanan) ketika menyerahkan Sijil Penghargaan kepada Pengarah Komunikasi Korporat, McDonald’s Malaysia, Shamsidar Yahya (kiri) atas sumbangan mesej-mesej pencegahan COVID-19 oleh McDonald's Malaysia.

Antara mesej pencegahan Covid-19 yang diletakkan di persekitaran SMK Keramat Wangsa. Mesej-mesej yang disumbangkan adalah dalam bentuk poster, papan tanda dan pelekat ini bertujuan memberi peringatan tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mencegah penularan Covid-19.

Artikel menarik:

Cikgu Mohd Nasir sebagai Duta Kecil Pendidikan Malaysia. Kongsi pengalaman menarik OPESA

Gerobok Rezeki, SK Laksamana bantu murid asnaf

SK Sultan Ismail 3 wujudkan taman sumber dan penanaman jagung. Guna barang terbuang untuk projek ini