GURU Matematik Sekolah Kebangsaan Dato Sharif Hamid, Muhammad Saffuan Jaffar berkongsi lima perkara penting untuk murid-murid lakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Mari ikuti apa kata beliau.

1) Manfaatkan masa untuk hafal sifir, boleh lawan dengan adik abang atau kakak.

2) Bina jadual waktu sendiri supaya dapat agihkan masa belajar dan waktu bermain. Kalau tak ada jadual susah nanti banyak tengok tv, jangan lupa kewajipan seorang pelajar.

3) Siapkan kerja rumah mungkin ada guru-guru anda bagi kerja yang belum siap, pastikan siap sebelum buka sekolah.

4) Pembelajaran kendiri, boleh gunakan Youtube untuk belajar. Di youtube ada banyak video yang boleh bantu murid belajar.

5) Belajar secara online, buat masa sekarang ramai guru-guru yang kongsikan soalan secara atas talian antaranya Google Form. Manfaatkan bahan-bahan ini sebaik-baiknya. Nanti pergi sekolah senang sebab dah pernah ulang kaji.

Cikgu Muhammad Saffuan

Artikel menarik:

'Saya terpaksa tinggalkan kamu semua...maafkan cikgu, maafkan cikgu'

Murid pasti tak sabar nak ke sekolah bila cikgu nekad buat empat perkara ini