MARI belajar membuat jadual hafalan Sifir ringkas cara Cikgu Korea Mohd Fadli Salleh.

+++

Jadual hafalan Sifir ringkas ini memang aku buat setiap tahun.

Simple sahaja jadualnya, tapi sangat berkesan untuk murid hafal sifir dalam masa yang ditetapkan.

Dah ada tarikh siap-siap, makna kata sebelum tarikh tersebut mereka mesti kuasai sifir dan datang baca depan aku. Lulus, aku tanda tangan dan tulis tarikh.

Jika tarikh sepatutnya mereka kuasai sifir tapi mereka belum kuasai, akan ada denda menanti mereka. Yang dapat kuasai semua sifir sebelum tarikh ditetapkan pula, akan ada ganjaran untuk mereka. Baru adil kan?

Satu minggu, dua sifir perlu mereka hafal. Untuk sifir 6-9, satu minggu satu sahaja sifir. Boleh datang baca dengan aku masa rehat atau masa balik sekolah.

Dalam kelas, aku luang masa 10 minit setiap kali masa Matematik untuk mendengar bacaan sifir murid. Selepas itu, belajar macam biasa. Yang masih nak baca, cari aku masa rehat atau waktu balik sekolah. Simple je peraturannya.

Sifir ni nasi utama dalam Matematik. Kuasai sifir, banyak soalan dapat diselesaikan dengan pantas.

Sangat malang bila anak dah ditahap dua, sifir belum dikuasai. Sepatutnya murid tahun dua dah kuasai sifir 1-5 dan murid tahun tiga dah kuasai sifir 1-9. Itu yang sepatutnya lah.

Tapi realiti ya murid tahun enam pun masih ada yang tak kuasai sifir.

Jadi ibubapa di rumah, tolong pastikan anak-anak hafal sifir juga ya. Boleh tiru jadual hafalan ringkas ini. Letak tarikh tetap, tampal kat peti ais kat rumah tu.

Mereka berjaya haf, bagi ganjaran. Tak berjaya hafal dalam masa yang ditetapkan, mungkin perlu denda seperti tidak boleh tengok TV atau main basikal pada hari tersebut.

Baru mereka usaha sikit nak hafal kan?

Cubalah. Sokongan ibubapa di rumah tambah usaha cikgu di sekolah membuatkan anak-anak lebih pantas menjadi murid yang pintar dan cemerlang.

Oh ya. Jika kalian ada tips dan cara lain yang lebih praktikal, kongsi lah kat ruangan komen. Boleh sama-sama kita tiru. :)

#MFS