Anak lambat baca?

Sedikit pengalaman saya sebagai Guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Ini berkenaan perkembangan membaca anak-anak. Ada satu makna mendalam yang saya mahu anda fahami.

Seorang ibu datang kepada saya.

Ibu A: Puan, alhamdulillah, sejak masuk sekolah ni, Nana (bukan nama sebenar), sudah lancar membaca.

Saya pandang mukanya yang berseri-seri. Saya tarik nafas dan senyum. Saya susun kata-kata.

Saya: Alhamdulillah. Saya pun dapat lihat Nana mudah tangkap apa yang diajar. Semakin lancar bacaannya. Puan pun mesti ada ajar di rumahkan...

Ibu A: Ada puan. Setiap malam belajar sama-sama. Dulu masuk tadika yang lama tu, tak selancar ini.

Saya diam seketika.

Saya: Puan, sebenarnya bukan tadika lama tidak bagus. Saya kena perbetulkan tanggapan ini.

Ibu A: Maksudnya macamana puan?

Saya: Nana dah masuk tadika tersebut sejak empat tahun lagi. Dari tidak tahu apa-apa, dia belajar slowly. Anak tidak akan pandai dalam sehari dua. Ia mengambil masa. Ada yang beberapa bulan sahaja. Ada yang bertahun. Mengikut kemampuan anak. Apa yang Nana belajar di sini dia sudah belajar dua tahun lepas di tadika lamanya. Dulu puan mungkin tidak nampak apa yang dia belajar kerana dia belum tunjuk dia pandai baca. Tapi sekarang bila umur enam tahun, dia flashback apa yang dia belajar. Ia jadi mudah. Dia bukan dengar pertama kali. sedikit sebanyak tadika lama ada memberikan sumbangan dalam proses membaca Nana.

Proses membaca makan masa. Bukan sehari dua. Dalam membaca ada banyak proses. Memorizing, visualizing, listening...macam-macam lagi.

Ibu Nana angguk tanda faham.

Perjumpaan kami berakhir dengan bersalaman.

Satu kelegaan kepada saya. Jika dapat saya kongsikan ini kepada semua...

Tapi kita sebagai ibu bapa, kita lupa...

Yang belajar itu seorang anak yang mungkin berumur 4 - 6 tahun. Bukan orang dewasa.

Yang belajar itu bukan hanya belajar satu benda. Membaca hanya salah satu cabang sahaja. Dia mungkin mengambil masa untuk membaca tetapi dia sangat bagus menulis, mewarna, melukis, mengira. Mungkin juga dia pandai berkongsi, rajin, berdikari...bagus dalam hafazan dan solat...

Kita juga lupa selitkan rasa hormat dan kasih sayang ketika dia belajar membaca. Kita paksa dan kita marah. Kita asyik banding dia dengan kakak dan abangnya. Tidak cukup dengan itu kita banding dengan anak jiran dan sepupu sepapat.

Itu sahaja dari saya. Semoga ada manfaatnya.

* Hidup ini umpama buah Mulbery. Ada yang masam ada yang manis. Mahu yang manis kena tunggu tepat masanya. Warna yang cantik merah menawan tidak bermakna rasanya sedap dan manis. Yang gelap itu tanda sudah lama dia di pokok. Sudah berkali ditimpa hujan dan panas terik. Tiba masa yang masam bertukar menjadi manis.

Sumber: Telegram Nota Keluarga Ashikin Hashim

- Ashikin Hashim merupakan Pengetua Genius Aulad Saujana Utama

Artikel menarik:

Pertandingan deko impian guru, tema Inggeris jadi pilihan SMK Gemilang

'Syafiqah, maafkan cikgu. Andai waktu boleh diputar... - Cikgu Koreayati luah kekesalan