"SAYA nak belajar Kimia, tapi saya tak suka cikgu Kimia tu, dahlah garang...erm macam mana yea..."

Inilah antara luahan segelintir pelajar terhadap guru-guru di sekolah.

Mereka meluah mesti ada sebab. Sama ada pelajar itu tidak mahu belajar atau pun sikap guru itu sendiri.

Guru Kimia Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 18, Shah Alam, Khalilah Mohd Haidzir berkata, seorang guru perlu memiliki ciri-ciri ini sekiranya mahu pelajar menyukai mereka.

"Saya kongsikan empat tip untuk guru-guru amalkan. Semoga berjaya," ujarnya seperti dipetik menerusi video bersama GPS Bestari.

1) Cikgu kena sporting

- Contoh, ambil tahu semua nama pelajar dalam kelas. Pelajar akan rasa mereka lebih dihargai, dikasihi dan disayangi oleh guru.

2) Selalu beri pujian

- Jika pelajar jawab soalan, beri penghargaan pada mereka. Sudah pasti mereka senyum girang.

3) Cikgu hendaklah sentiasa berketerampilan menarik dan kemas

4) Lucu ketika mengajar

Artikel menarik:

Panduan mengemas meja guru agar kemas dan tersusun - Boleh rujuk tip yang dikongsi rakan guru

Macam mana penampilan cikgu hari ini? Ok ke. Mari hadam apa yang perlu buat dan elak

'Mak tak pernah datang raikan kejayaan Uda.' Kisah Cikgu Pe Chey dan mak buat air mata laju mengalir