Pembelajaran Teradun atau juga lebih dikenali sebagai Blended-Learning adalah kaedah pembelajaran yang menggabungkan teknik pengajaran bersemuka dan / atau tidak bersemuka dengan menggunakan medium yang sesuai bagi menghasilkan PdP yang berkesan.

Pembelajaran Teradun boleh digunakan untuk membantu guru menjalankan PdP.

Guru boleh merancang aktiviti pembelajaran dan menyediakan bahan pembelajaran yang bervarias dengan mengambil kira kecenderungan dan minat murid serta kepelbagaian sumber sedia ada dalam melaksanakan pembelajaran teradun.

Pendekatan yang paling kerap saya gunakan adalah Flipped Classroom dan juga Project Based Learning yang sangat banyak membantu saya menguruskan masa berkesan semasa PdP.

Bagi Flipped Classroom, sebahagian daripada pembelajaran murid telah diuruskan melalui pautan video yang dikongsikan ke group Whatsapp. Terutamanya yang berkaitan dengan eksperimen.

Maka, sesi bersemuka dalam kelas lebih banyak membincangkan tentang hasil perbincangan eksperimen dan juga sokongan lain seperti penulisan laporan yang baik.

Bagi Project Based Learning pula, sebahagian daripada penerangan telah bermula secara bersemuka di dalam kelas.

Sesi pembelajaran diteruskan oleh pelajar di rumah dan secara atas talian menerusi bimbingan di group Whatsapp. Perbincangan sekali lagi berlaku di sekolah secara bersemuka sebagai penutup kepada aktiviti pembelajaran.

Sumber: Facebook Blog Cikgu Hailmi

Artikel menarik

Cikgu boleh cuba cara masyarakat Jerman ini buat. Wujudkan rak buku awam, terbuka untuk bacaan ramai

Pembelajaran secara dalam talian. Sejauh mana kita bersedia? Ikuti apa kata pakar