Esok, bermulalah 'perjuangan' bagi pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018.

Selama sebulan anda akan berjuang dan inilah masanya untuk buktikan yang anda boleh mencipta kecemerlangan yang luar biasa.

Bak kata Guru Kimia, Wan Zakaria Wan Muhammad atau Cikgu Wan Zack..untuk mencipta kejayaan, pelajar kena 'berkorban' masa, tenaga dan sebagainya.

Tidak ketinggalan juga, pelajar kena kuat semangat dan jangan cepat putus asa.

Untuk mendapat keputusan cemerlang, Cikgu Wan Zack kongsi petua menarik untuk pelajar-pelajar ini.

Jom..

1. Jangan sesekali cepat patah semangat apabila berdepan dengan satu-satu bab/ topik yang sukar. Teruskan mencuba sehingga saat akhir menjelang hari peperiksaan.

2. Pasakkan dalam diri jiwa yang positif, sebaliknya buang jauh jauh sikap mengaku kalah dengan subjek-subjek sukar seperti Kimia, Biologi, Fizik dan sebagainya.

 3. Kuatkan rasa ingin tebus kekecewaan yang lepas jika dalam subjek-subjek tertentu. Pasangkan dan tekadkan azam yang menggunung bahawa anda masih kemampuan mencapai kejayaan cemerlang.

4. Pelajar yang hebat ialah mereka bertindak sentiasa mendekati Tuhan..semakin dekat dengan peperiksaan, semakin dekat dia dengan Tuhannya.

5. Jangan abaikan perintah agama semata mata telah kesuntukan masa untuk hadapi peperiksaan.

Pelajar yang daya ingatan kuat adalah mereka yang bersih akhlak, suci jiwa bersandarkan kepatuhan ajaran agama.

6. Bagi subjek Kimia, seseorang pelajar perlu bertenang semasa dalam bilik peperiksaan. Mulakan dengan bismillah, doa dan selawat ke atas Junjungan Rasulullah SAW. Baca soalan dengan penuh ketelitian dan jangan gopoh semasa memilih satu satu soalan.

7. Pilih soalan-soalan yang dikuasai dan mampu jawab dengan kandungan isi huraian yang mantap.

8. Bagi soalan yang berbentuk eksperimen, hendaklah dipastikan pelajar sudah menguasai cara mengeksperimen. Ini sangat penting.

9. Rujuk segera dengan guru jika terdapat sebarang kekeliruan dalam belajar pecutan akhir. Jangan pendamkan sahaja.

10. Kongsi pengetahuan dan kemahiran dengan rakan rakan.

Ingat! Makin banyak kita kongsi ilmu dan kemahiran dengan rakan maka makin Tuhan permudahkan seseorang pelajar dalam peperiksaan nanti

Sumber: Guru Kimia, Wan Zakaria Wan Muhammad (SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu)

- Guru Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia (AKRAM) Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu

- Pengawas peperiksaan, pemeriksa kertas soalan, penceramah bengkel dan seminar menjawab peperiksaan SPM subjek Kimia di Pahang dan Terengganu.

 

Cikgu Wan Zack

 

i

Cikgu Wan Zack bersama pelajar dalam usahanya memberi panduan tip hadapi peperiksaan.