SELEPAS sembilan perlawanan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 11, Shah Alam tetap gah mengekalkan rekod tanpa kalah untuk terus mengejar pendahulu, Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) B dalam saingan Liga Premier Piala Menteri Pendidikan Malaysia 100PLUS Bawah 14 tahun.

Bagaimanapun, peluang SMK Seksyen 11 untuk mengekori rapat SSMP B sedikit terjejas apabila mereka sekadar meraih keputusan seri 1-1 dengan SMK Ibrahim Fikri Sabtu lalu.

Meskipun mendahului hasil jaringan Muhd Fakhrul Ezwan Mohd Rodzi pada babak pertama, kealpaan pada lewat perlawanan dihukum SMK Ibrahim Fikri menerusi penyudah Mohd Danial Mohd Nor.

SMK Seksyen 11 kini dibezakan lima mata dengan SSMP B yang mengumpul 26 mata.

Kedudukan SMK Seksyen 11 bakal digugat SMK Putera yang turut berkongsi 21 mata dan beraksi kurang satu perlawanan.

“Pemain tampak keletihan dan lesu kerana tidak mendapat rehat yang secukupnya selepas pulang dari Johor Rabu lalu. Meskipun berjaya menguasai perlawan an tetapi banyak peluang gagal dimanfaatkan.

“Pada penghujung perlawanan, mereka hilang fokus sehingga melepaskan gol kepada pasukan lawan. Saya sentiasa mengingatkan pemain agar tidak menyalahkan antara satu sama lain jika ada kesilapan, sebaliknya memberi sokongan kerana tanggungjawab dipikul bersama,” kata Ketua Jurulatih SMK Seksyen 11, Lafizul Nizam.

Dalam saingan Liga Super, SSMP A kembali menerajui carta selepas melakar kemenangan 3-1 ke atas SMK Mutiara Impian di tempat lawan.

SSMP A mendahului tiga gol hasil jaringan Mohd Haykal Danish Mohd Haizon pada minit ke-17 disusuli dua gol Muhd Safwan Shuhaimi (23, 44) manakala gol SMK Mutiara Impian hadir menerusi Muhd Faris Fizri (66).

Baca:

Link soalan percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi

'Tak sangka pergi pun bersama' - Ibu sebak cerita rutin harian anaknya mengaji al-Quran

Tip skor A Matematik UPSR - Mak ayah wajib ambil tahu perkara ini

Lonjak B dan C menjadi A - Guru Tahun Enam ini kongsi tip berkesan belajar saat akhir

Amalkan tiga surah resipi lulus cemerlang peperiksaan