PETALING JAYA - Seramai 30 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Methodist Petaling Jaya yang terdiri daripada pemain dan pelapis pasukan bola sekolah itu sangat bertuah apabila dapat beramah mesra dengan pemain Selangor United Bawah 21 Tahun  di Akademi Bola Sepak Merah Kuning, Puncak Alam pada 13 Julai lalu.

Rombongan yang mengikuti Progam Klinik Bola bersama Selangor United anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru itu turut diberi peluang melawat fasiliti di Akademi Bola Sepak Merah Kuning.

Artikel berkaitan : Sumbangan PIBG: SJKT dapat bantuan dermawan dan wakil rakyat - YDP buka cerita

Yang Dipertua PIBG, Muhammad Faizal Abdul Rashid berkata, program bertujuan memberi pendedahan kepada murid, meningkatkan kemahiran asas dalam sukan bola sepak dan mengeratkan hubungan SK Methodist Petaling Jaya dengan Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor serta Selangor United.

Seramai 30 pemain bola sepak SK Methodist Petaling Jaya bersama pemain Selangor United ketika Program Klinik Bola.

"Murid-murid cukup teruja melihat fasiliti Akademi Bola Sepak Merah Kuning yang dilengkapi dengan gimnasium, asrama dan padang rumput sintetik.

"Paling menarik apabila mereka dapat mengikuti sesi latihan dikendalikan Ketua Jurulatih Bawah 21 Tahun Selangor United, Ariff Hashim," katanya.

 

Menurutnya, banyak pesanan yang diberikan Ariff kepada pemain SK Methodist Petang Jaya yang turut dikenali sebagai Schoolboy Strikers itu antaranya, beliau menasihati murid supaya sentiasa fokus dan komited dengan apa yang dilakukan.

"Ariff turut nasihatkan pemain agar tidak abaikan pelajaran dan menjadi pemain bola sepak yang berilmu selain menjaga pemakanan untuk kekal cergas," katanya.

Rombongan itu disertai 30 murid, dua guru pengiring, enam orang daripada PIBG dan empat daripada Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB).

Dua guru pengiring yang turut serta ialah jurulatih bola sepak SK Methodist Petaling Jaya, Cikgu Saifudin Yaakob dan Penolong Kanan Kokurikulum, Siti Malinda [email protected]

Pegawai Majlis Sukan Negara (MSN), Muhammad Lukman Noor Azhar memberi taklimat kepada pemain SK Methodist Petaling Jaya mengenai penggunaan alat gimnasium.

Muhammad Lukman memberi penerangan kepada pemain SK Methodist Petaling Jaya di bilik persalinan pemain Selangor United.

Jurulatih Kecergasan Selangor United, Istika Tarmizi memberi taklimat mengenai penggunaan peralatan gimnasium kepada pemain SK Methodist Petaling Jaya.

 

Dari kiri: Murid Tahun Lima Sali Aqil Shasali, Muhd Fairell Irfan Mohd Fazri, Muhd Afiq Danial Muhd Safri dan Airell Iskandar Mohd Izwan ketika menyertai Program Klinik Bola di di Akademi Bola Sepak Merah Kuning, Puncak Alam.

Gelagat pemain bola sepak SK Methodist Petang Jaya yang gembira setelah berpeluang menjalani latihan di Akademi Bola Sepak Merah Kuning, Puncak Alam.

Berpeluang menjalani latihan di Akademi Bola Sepak Merah Kuning, Puncak Alam.

Ariff memberi tunjuk ajar kepada pemain SK Methodist Petaling Jaya.

Ariff memberi taklimat setelah sesi latihan berakhir.

Muhammad Faizal menyampaikan cenderamata kepada Muhammad Lukman gor diiringi diiringi Cikgu Siti Malinda dan Cikgu Saifudin.

Muhammad Faizal menyampaikan cenderamata kepada wakil jurulatih Selangor United Cikgu Siti Malinda dan Cikgu Saifudin.

Baca:

Dua tajuk penting subjek Sains untuk calon UPSR hafal, ingat - Contoh soalan disediakan (Siri 1)

Hafal fakta buruj Sains (Kertas 2) UPSR - 11 nota mudah dan contoh soalan untuk calon ulang kaji

Guru ini kongsi tiga masalah yang sering pelajar lakukan di sekolah, namun ramai ibu bapa tidak tahu

10 topik Sains wajib ulang kaji menjelang UPSR - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam

Keluarga murid Tahun Dua ini jadikan kulit ayam dari kantin sekolah sebagai lauk harian