TANAH MERAH - Pusat Latihan Dearah (PLD) Tanah Merah muncul juara Kejohanan Bola  Sepak Bawah 14 Tahun MSSK (Kelantan). 

Dalam perlawanan akhir,PLD Tanah merah menewaskan  PLD Kuala Krai dengan menerusi 6-5 sepakan penalti selepas terikat dengan keputusan seri 1 sama.

Kejayaan tersebut membolehkan PLD Tanah Merah mengukir  sejarah tersendiri untuk  muncul juara baharu.

Lebih manis ,PLD Tanah merah  turut meraih kejayaan berganda apabila Muhammad Iskandar  Mukhriz Shah Mohd Khairul dinobatkan pemain terbaik perlawanan akhir dan jugak penjaring terbanyak dalam kejohanan  yang disertai 16 pasukan itu.

Ketua jurulatih PLD Tanah  Merah Suhaimi Ibrahim, mengakui gembira apabila pasukan itu  bukan sahaja mencapai sasaran  ditetapkan dengan memasuki perlawanan akhir malah muncul juara kejohanan itu.

Menurutnya, kejayaan itu hadir menerusi program bersepadu melibatkan  murid Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mahmud Paduka Raja 1 melalui Program  Pembangunan Bola sepak Negara (NFDP) yang berpusat di sekolah itu.

"Pemilihan pemain berdasarkan  kriteria ditetapkan oleh DNA NFDP dan jika kita lihat semua pemain  PLD Tanah Merah amat bersemangat dan memberi kerjasama  yang padu.

"Malah kebanyakkan dari mereka termasuk pegawai kejurulatihan  pasukan ini terdiri daripada  warga sekolah itu. Kunci kejayaan ini sebenarnya  datang daripada pemain serta  pengurusan yang berkualiti.

"Kerjasama baik PPD Tanah  merah semua pihak pentadbir sekolah, sokongan ibubapa dan kecekapan pegawai yang membimbing pasukan ini,"katanya.