Shah Alam - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 18 mengalu-alukan penyertaan ibu bapa dalam Program Kitar Semula Tetra Pak Bersama Ibu Bapa & Komuniti pada 18 Julai ini, bertempat di Dewan Al- Madani, SMK Seksyen 18.

Program kelolaan Kelab Bumi Hijau sekolah yang bermula 3 hingga 5 petang itu menyasarkan penyertaan daripada ibu bapa dan komuniti SMK Seksyen 18.

Matlamat program adalah untuk meningkatkan pengetahuan ibu bapa dan komuniti setempat tentang kepentingan alam sekitar dan kitar semula.

Program bermanfaat itu akan memberi pendedahan kepada peserta dengan pelbagai maklumat.

Antaranya, apa itu teknologi pemprosesan dan pembungkusan aseptik, kepentingan alam sekitar dan kitar semula, bagaimana proses kitar semula kotak minuman dijalankan dan cara yang betul bagi menyediakan kotak minuman untuk di kitar semula.

Ibu bapa boleh membawa kotak minuman dari rumah dengan syarat kotak minuman itu mestilah sudah dibersihkan dan dikeringkan.