Pasti ramai yang terkejut bila melihat ruang diskusi di pejabat Sekolah Kebangsaan (SK) Serom 3, Tangkak, Johor ini.

Cantik, kemas, ceria dan moden.

Paling mengujakan, ruang diskusi yang menarik ini adalah hasil kerja buat empat guru lelaki dan seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat.

Mereka yang dimaksudkan itu ialah Ustaz Mohd Shahrin Abd Razak & Ustaz Ashari Zakaria (Guru Pendidikan Islam); Mohd Fitri Ayub & Yazir Harun (Guru Bahasa Melayu) dan Johar Ramli (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat).

Ustaz Mohd Shahrin yang juga Pengerusi Kelab Guru berkata, mereka sebenarnya sudah lama mahu 'make over' ruang diskusi berkenaan.

"Hiasan yang terdahulu sudah agak suram dan lama.

"Jadi kami sepakat untuk menceriakan semula dengan memilih konsep Modern Minamalist," katanya.

Persiapan ruang diskusi ini hanya mengambil masa selama tiga hari sahaja dengan peruntukan sebanyak RM1500.

"Bahan-bahan yang digunakan sememangnya sudah ada di kawasan sekolah. Kami cuma cari hiasan tambahan dari koleksi Ikea," katanya dengan menambah inspirasi ruang diskusi diambil menerusi contoh gambar-gambar dalam internet dan juga bantuan idea dari rakan-rakan lain.

Terdahulu, SK Serom 3 telah berjaya menceriakan bilik PLC guru agama dan bilik kesihatan yang telah menarik perhatian ramai warganet.  

Bilik kesihatan juga berwajah baru.

Artikel lain

Cikgu Mohd Fadli kongsi contoh surat cuti murid sempena wabak Covid-19. Mak ayah boleh rujuk ini

Cikgu boleh guna tiga bahan ini untuk halau cicak dalam kelas. Dijamin berkesan!

Dua beradik bimbing pelajar SMS Pasir Puteh hasilkan inovasi hingga bawa pulang pelbagai anugerah

Ustaz bawa kobis dan warna dalam kelas, buat murid teruja belajar bahasa Arab