Hoorey, musim cuti sekolah dah pun bermula.

Inilah masa yang sesuai untuk mak ayah membawa anak-anak mereka pergi bercuti ke mana sahaja destinasi yang diingini.

Yang tak pergi 'bercuti' usah bimbang, masih banyak perkara yang boleh dilakukan sempena cuti sekolah ini.

Jom kita tengok, apa pesanan Cikgu Mohd Bukhari Mahmud untuk pelajar semua..

**

Cuti sekolah yang panjang selama lebih sebulan ni yang bermula 23hb November lalu tidak seharusnya menjadi 'tiket' untuk sekadar merehatkan diri daripada belajar. Gunakan masa cuti ini dengan pengisian yang memberikan manfaat.

Antara perkara yang boleh dilakukan adalah dengan mengunjungi perpustakaan awam/ desa kerana duduk melepak di perpustakaan merupakan budaya yang akan sentiasa menghidupkan minda. Ini kerana bercuti sekolah bukan bermakna seseorang pelajar mengucikan mindanya daripada dunia buku dan pembacaan.

Selain itu, saya menasihatkan semua pelajar menggunakan masa cuti ini untuk membantu ibu bapa.

Jika waktu persekolahan mungkin masa lebih tertumpu pada aktiviti pembelajaran, kini inilah masa terbaik untuk membantu yang termampu bagi meringankan ibu bapa. Misalnya membantu untuk menjaga adik-adik di rumah.

Para pelajar juga boleh mengikuti sebarang program pemantapan ilmu dan membina keteguhan sahsiah seperti Kem Anak Soleh dan sebagainya. Sesungguhnya program seumpama ini mampu menjadi nilai tambah kepada proses kemenjadian peribadi yang unggul.

JANGAN:

1 . Terlibat dengan aktiviti yang bertentangan dengan peraturan norma masyarakat dan undang- undang negara. Misalnya merempit di jalanan yang jelas suatu perbuatan yang langsung tidak membawa kebaikan. Bukan saja diri sendiri yang rugi akan lebih malang lagi andainya mencederakan orang lain yang tidak bersalah.

2. Jangan libatkan diri dengan kumpulan yang memungkinkan diri boleh terbabit sama dengan gejala sosial.

3. Jangan sesekali peramkan latihan kerja rumah yang guru-guru sediakan untuk diselesaikan masa cuti.

Selamat bercuti semoga apa yang anda lakukan waktu cuti ini diredai Allah dan direstui ibu bapa.

 

Sumber: Guru Bahasa Melayu, Perniagaan dan Perakaunan SPM, Mohd Bukhari Mahmud (SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu)

- Ketua Guru Pemimpin Pengakap

- Timbalan Presiden Kelab Guru dan Staf SMK Sultan Sulaiman

 

Manfaat masa cuti dengan perkara berfaedah, kata Cikgu Mohd Bukhari.