TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Itulah peribahasa tepat bagi menggambarkan kejayaan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Selangor yang dinobat sebagai juara Kejohanan Piala DYTM Raja Muda Selangor Edisi ke 31/2018.

SK Seri Selangor yang baru pertama kali menyertai kejohanan itu muncul juara selepas menewaskan SK Petaling Jaya 2-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Padang SUK Shah Alam, semalam.

Jurulatih SK Seri Selangor, Cikgu Nozaid Hamid berkata, kemenangan bersejarah itu merupakan antara kejayaan terbaik sekolah sejak mula ditubuhkan selepas 21 tahun.

"Perancangan kita memang dah lama, kita dah bermula sejak awal lagi dengan mengadakan klinik bola sepak dan kita juga banyak menyertai kejohanan bola sepak.. sebelum ini kita dah dapat tempat ketiga, kedua dan sekarang johan.

"Alhamdulillah kemenangan ini hadir hasil komitmen terbaik anak buah saya," katanya.

Sementara itu, Pengerusi kejohanan, Datuk Emran Kadir merakamkan penghargaan kepada Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan Majlis Sukan Negeri Selangor selaku penaja utama kejohanan. Tidak lupa juga kepada penaja lain serta kerjasama pelbagai agensi kerajaan, khususnya Jabatan Pendidikan Selangor, GPS Bestari dan Sinar Harian yang merupakan portal dan akhbar rasmi kejohanan.

Beliau turut menjunjung kasih ke bawah DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah yang sudi mencemar duli menyaksikan perlawanan akhir ini seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Pasukan SK Seri Selangor

Pasukan SK Petaling Jaya

Tengku Amir Shah beramah mesra bersama pasukan SK Seri Selangor sebelum perlawanan dimulakan.

Tengku Amir Shah

Tengku Amir Shah menandatangani bola kejohanan sebagai kenangan.

Pasukan SK Seri Selangor meraikan kejayaan sebagai juara untuk edisi kali ini.

Ultras SK Seri Selangor hadir untuk memberikan sokongan.

Antara aksi perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala DYTM Raja Muda Selangor.