"JANGAN sia-siakan sisa waktu yang ada.

Itu kata tenaga pengajar subjek Fizik SPM, Nurul Husna Zakaria.

Beliau yang berpengalaman lebih daripada lima tahun mengajar Fizik menasihatkan agar calon-calon SPM dapat menggunakan masa sebaiknya di saat-saat akhir ini.

"Mohon buat revision. Kemudian, listkan di antara bab yang lemah dan yang dah skor mengikut subjek. Adik-adik juga perlu kerap berjumpa guru untuk diskus bab yang masih lemah. Paling penting, jangan terlalu study hard tetapi study lah secara smart," katanya.

Nurul Husna berkata, ramai yang beranggapan Fizik itu subjek yang susah tapi hakikatnya Fizik itu indah.

"Mula-mula, memang saya tak minat Fizik. Tapi bila berada di Tingkatan Empat, saya dah mula jatuh cinta dengan subjek berkenaan kerana ia melibatkan pengiraan," ujarnya.

Ikuti sembilan tip skor A Fizik SPM yang dikongsi ini. Moga dapat membantu semua calon SPM yang bakal menduduki peperiksaan Fizik pada 27 November ini.

1. Buang segala tanggapan dan jangan terlalu dengar kata-kata senior yang Fizik tu subjek yang susah.

2. Niatkan dalam hati untuk mempelajari dan menambahkan ilmu Allah. Elakkan fikir belajar untuk peperiksaan. Bila asyik ingat exam automatik akan jadi stress. Enjoy je masa belajar.

3. Fokus semasa di dalam kelas. Berikan sepenuh perhatian semasa guru mengajar. Catatkan tip penting yang cikgu nyatakan semasa sesi pembelajaran.

4. Jika ada sebarang kemusykilan jangan malu bertanya. Biarlah kawan-kawan nak gelakkan atau cakap soalan ‘bxdxh’ atau tak logik pun. Hakikatnya kawan korang bukan tahu pun. Diorang pun sama tak paham tapi malu nak tanya.

5. Fahamkan betul-betul Bab 1 (Pengenalan kepada Fizik) dan Bab 2 (Daya dan Gerakan). Ini adalah asas kepada subjek Fizik. Kalau bab ni korang dah betul-betul skor, Insya-Allah bab seterusnya senang nak faham.

6. Sentiasa buat revision di rumah mengikut tajuk/topik yang dah belajar. Bila buat latihan baru anda akan dapat kenal pasti bahagian mana yang faham atau tidak. Kalau tak dapat jangan biarkan kertas/buku tu kosong tak berjawab terus...pergi jumpa guru dan bincang dengan guru. Nak tanya saya pun boleh. Dialu-alukan.

7. Jika tak faham dengan cara pengajaran guru, sertai kelas tuisyen berdekatan anda. Semoga dengan persekitaran baru di pusat tuisyen dapat membantu menarik minat anda.

8. Setiap kali nak selesaikan masalah/soalan yang melibatkan pengiraan keluarkan maklumat yang diberi dan pilih formula yang sesuai.

9. Kalau ada proses atau konsep yang anda kurang faham boleh search video di you tube. Kebanyakan video di you tube sangat membantu tapi search guna term/keyword english yer. Gunakan kemudahan yang ibu bapa sediakan sebaiknya.

Sumber: Blog cantiksihatcorner

Tip Menarik:

Ini petua dan kaedah untuk calon SPM amalkan semasa peperiksaan Fizik, 27 November nanti

'Tiga pantang larang yang perlu calon ingat semasa menjawab Fizik SPM'- Cikgu ini kongsi rahsianya

Pecutan akhir lulus Kimia SPM - Cikgu Natasya Haswani kongsi empat tip mudah untuk pelajar kuasai