Arus pendidikan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan terus bergerak pantas. Dalam usaha untuk memastikan setiap pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran, warga pendidik terus berusaha agar matlamat utama untuk melahirkan anak-anak yang berpendidikan tercapai.

Antara cabaran yang terpaksa dilalui adalah, bagaimana untuk menarik minat pelajar lemah, fokus dalam pembelajaran. Ikuti perkongsian Guru SK Seri Puteri Batu Pahat, Cikgu Aminah Mat Yusoff.

1. Syarat untuk berjaya bukan kerana pandai dan bijak, tapi kerana rajin dan usaha. Tak perlukan duitpun untuk push mereka, cukup dengan kata-kata semangat, puji-pujian dan tunjukkan bahawa kita hargai mereka.

2. Kita juga pernah menjadi sebahagian dari mereka. Pasti ada subjek yang kita tidak kuasai dan rasa susah. Masa tu kita hanya mengharapkan cikgu fahami kita, cikgu bantu kita, cikgu ajari kita dengan cara yang kita boleh terima dan kita akan rasa sedih bila disisihkan serta dianggap sebagai bebanan. Oleh itu lakukan seperti apa yang kita harapkan dari cikgu kita dulu.

3. Murid lemah adalah rezeki bagi saya. Kerana berusaha nak pulihkan mereka, saya cipta inovasi. Bila mereka dapat kuasai setelah berulang kali diajari , itulah nikmat paling besar yang Allah beri.

4. Tiada murid lemah, kita bukanlah sesiapa. Kerana ada mereka... kita tahu sejauh mana kemampuan kita menguasai ilmu dan kemahiran pedagogi. Usah bangga dengan sijil dan DG yang kita miliki jika kemampuan kita belum betul-betul teruji.

5. Sentiasa beri harapan kepada anak-anak ini. Jangan sekali-kali menggunakan perkataan....

" Awak tidak pandai"

"Awak tidak mampu"

"Awak tiada Harapan"

Tukarkan kepada...

" Awak belum pandai.. Nanti cikgu usaha sampai awak dapat"

" Awak belum mampu.. Insya Allah cikgu akan bantu"

" Awak adalah harapan cikgu... Jadilah orang hebat untuk Cikgu"

Kata-kata kesannya lebih hebat daripada sentuhan dan pukulan. Jika murid menerima kata-kata yang negetif, luka di hatinya sukar sembuh dan parutnya di bawa mati.

Kata-kata semangat mampu membuatkan mereka ceria dan yakin untuk berusaha. Ingat.. Syarat berjaya bukan kerana pandai tetapi rajin usaha.

6. Kita cikgu, sangat dekat dengan murid. Apa yang kita beri, itulah yang mereka bawa untuk meneruskan kelangsungan hidup juga hingga ke dunia akhirat. Alang-alang memberi, berilah yang terbaik.

Sesungguhnya... Kita bukan sesiapa tanpa mereka.

Artikel menarik lain:

Cikgu takkan menyesal guna cara ini tarik minat murid lemah belajar