KAMI kongsikan kepada semua guru dan pelajar takwim peperiksaan 2020 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Guru dan pelajar bolehlah merancang pelbagai aktiviti yang ingin diadakan pada tahun 2020 dengan lebih awal supaya pelbagai persiapan dapat dilakukan dengan lebih baik.

Pada tahun ini, UPSR bermula pada hari Selasa iaitu 1 September 2020, sehingga hari Selasa minggu seterusnya iaitu pada 8 September 2020.

Bagi PT3, Pendidikan Kesenian bermula 17 Februari hingga 10 Julai. Bagi ujian bertulis bermula pada 28 September 2020 hingga 6 Oktober 2020.

Untuk SPM pula bermula pada 2 fasa iaitu fasa pertama 5 hingga 14 Oktober 2020 dan fasa kedua 2 hingga 19 November 2020.

SELAMAT ULANG KAJI SEMUA!

Artikel Menarik:

Cikgu ini kongsi cara hafal sifir dalam masa sehari - Murid-murid pasti dapat skor Matematik nanti

‘Makan apa tadi? Bekal habis tak? Dah ada kawan baru?’

Cat bangunan sekolah berwarna-warni, SK Dato' Wan Kemara jadi tumpuan media dan pengunjung