Penghasilan produk-produk inovasi sama ada untuk menyertai pertandingan inovasi ataupun ingin dikomersialkan, memerlukan satu kaedah atau metode yang sesuai supaya penghasilan sesuatu produk itu mempunyai tawaran nilai yang hebat atau value preposition.  

Ini kerana penghasilan produk yang baik adalah produk tersebut mempunyai nilai komersil untuk sesuatu jangka masa sekurang-kurangnya mampu bertahan selama tiga tahun.

Guru Cemerlang Hifz Al-Quran, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah yang juga Jawatankuasa Pasukan Inovasi KIHS, Ismail Salleh berkata, ada satu teknik yang boleh digunakan guru-guru dan para inventor dalam menghasilkan produk yang bermanfaat untuk komuniti dan negara.

"Teknik yang dimaksudkan ini adalah teknik SCAMPER," katanya.

Teknik SCAMPER merupakan akronim dari Substitute, Combine, Adapt, Modify, Put Another Use, Eliminate, dan Reverse.

Ia diperkenalkan oleh Alex Osborne seorang pelopor dalam kreativiti pada tahun 1953.

Kemudian teknik ini dikembangkan oleh Bob Eberle pada tahun 1974 dalam bukunya SCAMPER: Games for Imagination Development. Secara tidak langsung teknik ini membantu minda kita untuk berfikir secara kritis dan inovatif dalam mencipta sesuatu produk inovasi.

Johan Inovasi Terbaik Hari ICT peringkat Kebangsaan Kategori Sekolah Menengah.

Pasukan inovasi SMKA Kedah diangkat sebagai johan inovasi pada program Hari ICT peringkat Kebangsaan, di UITM Pulau Pinang, baru-baru ini.

Mari kita dalami berkenaan teknik SCAMPER dengan lebih lanjut.

1) Subsitute

- Iaitu setiap produk yang dihasilkan bercirikan atau bersifat menggantikan produk atau perkhidmatan yang lain. Setiap inventor perlu bertanya adakah produk yang dihasilkan bersifat tersebut? Contohnya penghasilan gula stevia dalam minuman sekarang boleh menggantikan penggunaan gula pasir di pasaran. Selain itu Produk pen plastik digantikan pen yang menggunakan stainless steel pen, penghasilan seterika elektrik dapat menggantikan seterika arang, telefon di rumah digantikan dengan telefon pintar dan sebagainya.

2) Combine/ unite

- Setiap produk inovasi perlu menggabungkan atau mengkombinasikan satu atau lebih produk, atau sesuatu perkhidmatan. Contohnya, penggunaan kamera dan telefon pintar dapat disatukan fungsinya dalam satu telefon, syarikat perbankan yang dahulunya hanya mempunyai mesin ATM yang hanya berfungsi untuk pengeluaran wang, tetapi sekarang sudah digabungkan CDM dalam satu mesin untuk mendepositkan wang.

3) Adapt, re-shape/tuneup

- Mengadaptasi produk sedia ada atau mengubah sebahagian karekteristik sesuatu produk kepada sesuatu yang baru. Contohnya penciptaan  facebook hanya untuk laptop dan destop tetapi sudah diadaptasi kepada telefon pintar dan jika kita membeli macbook maka sudah dilengkapi dengan sotware Microsoft office.

4) Modify/Magnify

- Memodifikasikan penciptaan produk sedia ada kepada produk yang lebih maju. Contohnya perciptaan meja solek yang boleh dimodifikasi kepada katil dan meja studi, penciptaan kereta yang hanya boleh bergerak di daratan kepada kereta terbang yang boleh terbang di udara, menggunakan kata kunci lock telefon pintar kepada fingerprint dan sebagainya.

5) Put to another use/ expand

- Setiap produk yang dihasilkan dapat digunakan di pelbagai peringkat pasaran perkhidmatan. Contohnya sisa buangan di restoran dapat dikompos menjadi baja tanaman, fungsi jam tangan hanya untuk menentukan waktu kepada jam tangan yang mengandungi fungsi mengira denyutan jantung, mengira jarak atau kelajuan semasa berjoging,

6) Eliminate/simplify/minimize

- Berfokus kepada penghapusan sebahagian komponen produk tanpa mengurangkan kualiti produk. Contohnya telefon bimbit yang dahulu yang mempunyai antena sudah dibuang dan  antenna dibuilt in di dalam telefon pintar sekarang.

7) Reverse/ rearrange/change layout

- Proses melakukan perubahan atau penyusunan semula  kepada komponen asal supaya memberi nilai tambah kepada sesuatu produk. Contohnya syarikat Apple telah memperkenalkan wireless charging dalam keluaran Iphone 11. Selain itu syarikat McDonalds melakukan perubahan dengan membayar dahulu sebelum makan di restorannya.

Kesimpulannya, bahagian inovasi pemasaran dan RND dalam sesuatu syarikat tertentu perlulah sentiasa membuat inovasi dan kajian produk supaya ia dapat memenuhi kepuasan dan kehendak pelanggan semasa.

Contohnya syarikat telefon pintar seperti Samsung dan iphone sentiasa berusaha membuat penyelidikan supaya produk mereka diterima dan memenuhi cita rasa pengguna telefon pintar semasa.

Selain itu pengembangan produk juga penting dalam usaha bersaing dengan produk-produk keluaran syarikat telefon pintar yang lain. Beberapa perusahaan produk tertentu  akan tumbang sekiranya setiap produk yang mereka keluarkan tidak melakukan inovasi seperti syarikat Nokia yang dahulunya gah tetapi hilang taringnya apabila android diperkenalkan.

Bersama juri pertandingan inovasi Hari ICT peringkat Kebangsaan.

Artikel menarik

Pernah bawa pulang lapan pingat emas, ini perkongsian Guru Cemerlang kepada inventor

Bakal hadapi peperiksaan, ini saranan Cikgu Razali buat pelajar yang ingin lulus cemerlang